Artis Korea

No more Girin... Lepas 11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

gempak
Mya Amri
27/04/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
No more Girin...  Lepas 11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man
Selepas 11 tahun bersama Running Man, Lee Kwang Soo akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari program tersebut.
Berita mengejutkan itu disahkan oleh agensinya, King Kong by Starship dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.
“Kwang Soo akan meninggalkan Running Man selepas penggambaran terakhirnya pada 24 Mei depan.
“Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Kwang Soo telah menerima rawatan fizikal terapi secara berkala.
“Walaupun menerima rawatan namun ada masanya Kwang Soo merasakan agar sukar untuk memastikan fizikalnya berada dalam keadaan terbaik semasa penggambaran Running Man.
“Jadi setelah mengadakan perbincangan bersama kru produksi, anggota Running Man dan juga agensi, secara konklusinya Kwang Soo memerlukan masa untuk pulih. Baik secara fizikal atau pun mental.
“Disebabkan Running Man merupakan program yang Kwang Soo anggap sebagai keluarga dan rumah keduanya selama 11 tahun, maka sangat sukar bagi dirinya untuk membuat keputusan ini.
“Bagaimanapun perkara itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapan.
“Kami dengan ikhlas hati mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana kasih sayang dan sokongan yang diberikan kepada Kwang Soo selama ini. Teruskan menyokong Kwang Soo,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini anggota Running Man, Kang Gary juga mengambil keputusan mengundurkan diri dari program berkenaan selepas enam tahun untuk memberikan fokus kepada bidang muzik.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live