Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terlalu Rapat… Lee Kwang Soo Menangis Nak Tinggalkan Running Man, Episod Akhir Undang Sebak

Mya Amri
09/06/2021 15:15 MYT
Sebuah sedutan episod terakhir Running Man bersama Lee Kwang Soo yang menjadi tular di laman sosial mengundang sebak netizen.

Video tersebut jelas merakamkan wajah Kwang Soo yang menahan sebak sewaktu sesi membaca surat yang ditulis oleh anggota Running Man lain.

Bukan sahaja Kwang Soo, malah Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Jae Suk, Suk Jin, So Min dan Se Chan juga turut kelihatan sedih.

Disebabkan itu, netizen juga turut meluahkan rasa sedih melihat keutuhan persahabatan Running Man yang bakal kehilangan salah seorang anggotanya.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan Running Man tidak akan menjadi rancangan yang sama tanpa Kwang Soo.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan anggota asalnya adalah Yoo Jae Suk, Jee Seok Jin, Kim Jongkook, HaHa, Song Ji Hyo, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Song Joong Ki dan Lizzy.

Kini Running Man ditambah dengan dua ahli baru iaitu Jeon So Min dan Yang Se Chan selepas ketiadaan Song Joong Ki, Lizzy, serta Kang Gary.

Bagaimanapun pada 27 April lalu, Kwang Soo juga telah membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.

BACA: No more Girin... Lepas 11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.

Episod akhir Running Man bersama Kwang Soo akan ditayangkan pada Jumaat, 18 Jun 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Running Man #Lee kwang Soo #Gempak Chingu #Episod Akhir Lee Kwang Soo
;