Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiada Lagi Raja Kacak! Backstreet Rookie, Ini Dia K-Drama Baharu Pengganti The King Internal: Monarch

Mya Amri
15/06/2020 12:28 MYT
Selepas The King Eternal: Monarch melabuhkan tirainya, tumpuan peminat K-Drama kini beralih kepada drama baru berjudul Backstreet Rookie yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, drama bergenre romantik komedi ini bakal menyaksikan kemunculan semula pelakon kacak Ji Chang Wook selepas pulang dari latihan khidmat tentera pada 27 April 2019.

Selain itu, peminat K-Drama juga tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Chang Wook bersama aktres Kim Yoo Jung.

Chang Wook akan membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.

Backstreet Rookie akan menemui penonton pada 19 Jun ini.

Drama ini juga akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI pada tarikh yang sama, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.

Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #Ji Chang Wook