Artis Korea

Tujuh Tahun Bercinta, Akhirnya Namgoong Min Dah Sedia! Siap Umum Kahwin

Mya Amri
05/10/2022
16:00 MYT
Pelakon Korea, Nam Goong Min akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Jin Ah Reum.
Berita itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch dalam satu kenyataan.
Menurut laporan itu, pasangan ini akan berkahwin pada awal Oktober ini dan majlis itu akan dihoskan oleh pelakon, Jung Moon Sung.
Dalam pada itu agensi Namgooming, 935 Entertainment juga mengeluarkan kenyataan berkenaan perkahwinan artis naungan mereka.
“Namgoong Min secara rasminya akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Jin Ah Reum.
“Perkahwinan akan mereka akan berlangsung secara tertutup pada 7 Oktober di sebuah lokasi di Seoul.
“Hanya diraikan oleh saudara terdekat dan juga kenalan rapat jadi kami memohon anda semua memahami bahawa kami tidak dapat memberikan butiran tambahan.
“Kami harap anda semua dapat merestui hubungan pasangan ini yang membuat keputusan untuk membina kehidupan baru bersama,” jelas agensinya.
Terdahulu, Namgoong Min dan Jin Ah Reum bertemu buat pertama kalinya pada tahun 2015 menerusi filem Light My Fire.
Tahun seterusnya, Namgoong Min dan Ah Reum telah mengesahkan hubungan cinta mereka.
Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun.
Dalam perkembangan terbaharu, Namgoong Min muncul dengan drama terbitan SBS berjudul One Dollar Lawyer.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.