Kakak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Noor Hayati mendapat perhatian peminat drama Korea selepas memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut bukan biasa-biasa sebaliknya merakamkan situasi di dalam sebuah kapal terbang di mana salah seorang penumpangnya adalah pelakon Korea terkenal, Lee Jae Wook.

Menurut Hayati, dia tidak mengenali figura popular itu kerana niatnya hanya untuk merakamkan momen keluarganya yang berada di dalam pesawat berkenaan.

“Patutlah masa lalu sebelah tu dia risau je tengok Kak Yati tengah live dalam flight. Tak sempatlah nak interview kan Lee Jae Wook untuk korang,” tulisnya berseloroh.

A post shared by Noor Hayati Kamarzaman (@yatie_kmrzmn)

Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata peminat K-drama menyatakan Hayati beruntung kerana dapat bertemu dan berada dekat dengan Jae Wook kerana ia bukan satu perkara yang mudah.

Antara komen yang diterima:

“Seriuslah kak Yati, dia tengah popular sekarang, alaaaa untungnya kak Yati, nak jugak huhu,”

“Jae Wook tengah popular sangat sekarang ni tau. Orang lain bayar nak tengok dia, untunglah kak Yati,”

“Hahaha kak Yati, ni kalau saya ni dah pengsan bangun balik lepas tu pengsan balik,”

“Selalunya orang yang tak kenal ni lah yang akan dapat jumpa atau satu flight, hahahaha jarang dapat peminat yang terserempak ni,”

Untuk info, Jae Wook kini sedang meniti populariti menerusi drama bersiri Alchemy of Souls yang sedang meledak di Netflix.

Dalam perkembangan lain, Jae Wook hadir ke Malaysia bagi menghadiri program Annyeong Kawan anjuran Kementerian Pelancongan Korea Selatan sebagai usaha mempromosikan negara itu sebagai hub pelancongan dunia.

Program itu bakal berlangsung hari ini di PJPAC, 1 Utama.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU