Drama Korea popular, Voice 4 telah pun melabuhkan tirai dengan pencapaian tontonan tertinggi bagi episod akhir yang ditayangkan Ahad lepas.

Menurut Nelson Korea, episod akhir Voice 4 yang dilakonan oleh Song Seung Heon dan Lee Ha Na ini memperolehi purata rating sebanyak 4.4 peratus di seluruh negara.

Tidak terhenti di situ, di kawasan metropolitan juga menunjukkan peningkatan penilaian rating Voice 4 dari purata 4.5 peratus dan memuncak sehingga 5.2 peratus.

Satu lagi drama Korea yang menjadi perbualan hangat adalah The Devil Judge, lakonan bintang terkenal Ji Sung dan Jinyoung GOT7 juga tidak kurang hebatnya.

Episod kesembilan The Devil Judge yang ditayangkan baru-baru ini juga menunjukkan taringnya apabila memperoleh purata rating di seluruh negara sebanyak 4.7 peratus dan kemuncak pula pada 6.7 peratus.

Jumlah itu sekaligus menjadikan The Devil Judge berada di kedudukan pertama dalam slot waktu tersebut.

Jangan lupa saksikan The Devil Judge, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.30 pm di tvN (saluran 395) manakala Penthouse 3 pula disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU