Artis Korea

“Waktu Full House Tu Saya Masih Muda Dan Pemalu“ - Song Hye Kyo Ingin Berlakon Genre Romantik Komedi

gempak
Mya Amri
24/12/2020
10:36 MYT
Sponsor Banner
“Waktu Full House Tu Saya Masih Muda Dan Pemalu“ - Song Hye Kyo Ingin Berlakon Genre Romantik Komedi
Pelakon Korea terkenal, Song Hye Kyo meluahkan keinginan untuk kembali berlakon genre komedi romantik.
Mengimbas kembali kerjaya lakonannya, Hye Kyo memberitahu kali pertama melakonkan watak komedi adalah menerusi drama hit berjudul Full House.
“Sebenarnya saya juga sangat ingin berlakon dalam genre komedi. Saya ingin mecuba sesuatu yang lucu dan menghiburkan.
“Tetapi apakan daya, buat masa ini saya masih belum jumpa projek yang sesuai dan menyeronokkan.
“Sewaktu penglibatan dalam Full House, ketika itu saya masih lagi muda dan agak pemalu. Kini apabila meningkat dewasa saya rasa saya boleh lakukan pekerjaan dengan lebih baik lagi berbanding ketika itu,” katanya ketika ditemu bual bersama majalah W Korea baru-baru ini.
Sekadar info, Full House merupakan antara drama hit Korea yang ditayangkan pada tahun 2004.
Walaupun sudah hampir 16 tahun berlalu, namun sehingga kini Full House yang dibintangi oleh Hye Kyo dan Rain ini tetap menjadi antara salah satu drama Korea kegemaran ramai.
Oh kepada peminat drama Korea, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted bagi kategori Ajushi Elok TerGempak 2020 DI SINI
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang.
Banyak lagi kategori lain yang tercalon. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live