Pelakon dan juga anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, D.O telah menamatkan latihan khidmat ketenteraannya semalam.

Sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang setia menunggu kepulangannya, D.O telah melakukan siaran langsung menerusi aplikasi V Live hari ini.

Menerusi siaran tersebut, D.O juga memberikan perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Antara yang menarik perhatian adalah berkenaan dengan filem lakonannya dan juga karier muzik.

“Saya telah selamat kembali dari tentera, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menunggu kepulangan saya.

“Perkembangan terkini, saya menjalani penggambaran filem berjudul The Moon (judul tentatif). Saya belum dapat memberitahu anda secara terperinci mengenai perkara itu tetapi ia sangat menyeronokkan.

“Secara peribadi, banyak perkara yang saya ingin lakukan sepanjang berkhidmat dalam tentera. Saya juga cuba belajar bermain gitar tetapi saya agak sibuk untuk melakukan latihan dengan banyak.

“Namun saya tetap akan mencubanya sekali lagi dan sekarang mengambil kelas untuk belajar. Saya mahu berkongsi muzik bersama-sama dengan anda jadi sebab itu saya lakukannya bersungguh-sungguh,” jelasnya.

Mengulas mengenai album solo, D.O berkata dia kini dalam proses pembikinan lagu.

“Saya bekerja keras untuk itu. Lagu sudah tersedia dan saya kini dalam proses pembikinan lirik. Sebaik sahaja lirik siap, saya akan merekodkan lagu tersebut dan memberikan anda semua dengar.

“Masih belum pasti bila akan dikeluarkan, saya akan berikan yang terbaik dan cuba keluarkannya secepat mungkin.

“Apa yang pasti, selepas lagu itu cukup sempurna barulah akan dikeluarkan,” katanya.

Sekadar info, siaran langsung D.O di V Live itu telah menerima sebanyak 2.6 juta tontonan.

Untuk mengetahui perkembangan mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.

Sumber: Soompi