Yoo Kye Sang, Honey Lee Berpisah Lepas 7 Tahun Bercinta! Ambil Keputusan Keluar Agensi Untuk Elak Rasa Tak selesa
Mya Amri
11/06/2020 14:29 MYT
11/06/2020 14:29 MYT
Pelakon Korea Yoon Kye Sang dan Honey Lee mengambil keputusan untuk berpisah selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.
Berita itu disahkan oleh agensi mereka, Saram Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.
“Baru-baru ini, Yoon Kye Sang dan Honey Lee telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka.
“Bagaimanapun mereka memilih untuk menjadi kawan baik. Kami berharap anda semua tetap memberikan sokongan kepada pasangan ini pada masa hadapan,” kata wakilnya.
Dalam pada itu, Saram Entertainment juga mengumumkan pengunduran diri Kye Sang daripada agensi mereka.
“Kami telah memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama Yoon Kye Sang. Kami telah membuat keputusan ini selepas hasil perbincangan dan mencapai persetujuan bersama.
“Buat masa ini Kye Sang akan mengambil masa untuk berehat seketika. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kye Sang kerana menjadi sebahagian keluarga kami untuk masa yang agak lama,” jelasnya.
Terdahulu, Kye Sang dan Honey Lee digelar pasangan kesayangan Korea kerana hubungan cinta mereka yang bertahan lama.
Selain itu pasangan ini juga menjadi tumpuan kerana berani mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum.
Kye Sang telah bersama Saram Entertainment sejak Ogos 2013 iaitu tahun yang sama di mana dia mengaku bercinta bersama Honey.
Tidak lama pengakuan tersebut, Honey juga turut menyertai agensi yang sama.
Namun disebabkan pasangan ini telah berpisah, Kye Sang telah memilih untuk meninggalkan agensinya bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak selesa di masa hadapan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop