Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Aku Bukan Doktor, Tapi Aku Kongsi Apa Yang Aku Belajar Untuk Optimumkan Tidur Aku"

Gempak Spot
13/10/2020
02:00 MYT
Seorang pengguna Twitter Yusri J yang menggunakan akaun Twitter @myusri_j berkongsi beberapa tips yang dipelajari dan di praktikkannya sendiri untuk membantu mereka yang menghadapi masalah untuk tidur.
Kalau kau:
1) tidur tak pernah cukup 2) sentiasa groggy pagi-pagi 3) tak ada waktu tetap tidur 4) susah nak tidur
Ini adalah perkongsian untuk anda.
Ini adalah benda-benda yang aku belajar tentang tidur dan rasa ianya memberi impak kepada cara aku dapatkan tidur yang efisyen. Terutama selepas dah ada anak-anak kecil.
1) Peraturan 1.5 Jam
Kalau kau tak boleh tidur 6-8 jam, ikut peraturan 1.5 jam.
Secara ringkasnya kita akan lalui 4 fasa tidur, dan fasa terakhir ialah 'deep sleep'. Nak sampai 4 fasa ni memakan masa 90 minit. Habis 90 minit, kita akan masuk pusingan seterusnya dan ulang 4 fasa ni balik.
Kita jadi groggy kalau tak dapat deep sleep dan kalau kita terjaga waktu sleep cycle kita tak habis lagi. Jadi kalau kau tidur sejam, sleep cycle kau akan terganggu dan kau akan rasa tak puas tidur.
Jadi, tidurlah sama ada 1.5, 3, 4.5, atau 6 jam. Tidur 1.5 jam lebih baik daripada tidur 2 jam, dan tidur 4.5 jam lebih baik dari tidur 5.5 jam. Dia akan memastikan sleep cycle kau cukup dan kau tak groggy bila bangun.
2. Rutin tidur
Rutin tidur akan trigger hormon tidur kau untuk berfungsi. Masalahnya kita ni selalu tidur takde rutin. Bila-bila nak tidur kita tidur.
Cuba kau set sebelum tidur kau solat sunat, basuh muka, minum teh, baca quran, doa tidur atau apa-apa sahaja rutin yg kau akan ulang-ulang.
Jadi bila momen kau buat satu-satu rutin, kau akan trigger badan kau, "weh, masa untuk tidur dah sampai. Segala melatonin silalah bersiap siaga" maka bila kau tutup mata, badan kau dah ready utk shut down.
3) Kopi
Ok ni hack yang aku belajar waktu aku student dulu. Kalau kau nak tidur sebentar (Nap), cuba minum kopi sejurus sebelum tidur.
Kopi akan makan masa 15 minit untuk kick. Jadi kalau kau nap dalam 15 minit, kau akan bangun segar gila. Cubalah. Tapi jangan cuba ni untuk tidur malam. Hanya untuk tidur sekejap ya.
4) Pemakanan untuk tidur
Ada beberapa perkara yang boleh trigger badan kau untuk tidur. Susu panas contohnya boleh galakkan melatonin. Selain tu kau boleh cuba makanan-makanan yang boleh tenangkan kau. Teh herba (tanpa kafein) pun bagus. Aku suka mint atau lavender untuk menenangkan.
5) Tutup Semua
Untuk memudahkan kau tidur, pastikan kau tutup semua jenis lampu, semua jenis elektronik yang mengeluarkan lampu. Ni aku rasa semua orang dah tahu.
Tak kiralah kau suka ke tak tidur dalam gelap, itu cara terbaik untuk kau tidur. Jadi sebelum tidur tak payah layan Netflix, YouTube dan sebagainya. Tutup segala krin dan shut down betul-betul. Semua tu akan peningkan badan kau sebab dia expect tak ada stimulus sebelum tidur.
6) White noise
White noise adalah bunyi latar yang menghalang bunyi-bunyi lain. Contohnya bunyi kipas atau bunyi air hujan. Kalau kau perasan, bila kau tidur waktu hujan memang seronok. White noise akan bagi kau rasa tenang dan tenteram.
White noise terbaik ialah bacaan zikir dan quran.
Zaman sekarang ni ada white noise dekat YouTube. Kau boleh cari je white noise dan ada banyak jenis. Bunyi-bunyi ini akan buat kau tenggelamkan bunyi-bunyi yang akan kacau tidur kau macam bunyi kucing ke, atau bunyi alarm kereta jiran kau.
7) Insomnia
Okay kadang-kadang kau memang tak boleh tidur atas beberapa sebab. Selain masalah-masalah kesihatan yang kau kena jumpa doktor, aku selalu pastikan kalau tak boleh tidur, jadi aku akan rehat daripada stimuli.
So kalaulah dah 15 minit tak tidur-tidur jugak, aku hanya anggap tu masa untuk aku baring bebas dari stimuli telefon, tv dan lain-lain. Jadi guna masa tu untuk tenangkan diri, zikir, tarik nafas dalam-dalam. Tak tidur pun tak apa, janji rehat.
Walaupun kau tak boleh tidur, kau akan rasa bertenaga selepas buat macam tu. Tapi selalunya kau akan tertidur juga sebab kau dah relak.
Sekian tips-tips tidur daripada pengalaman peribadi. Aku bukan doktor tapi aku kongsikan jelah apa aku belajar daripada cubaan-cubaan aku untuk optimumkan tidur aku sendiri.
Kredit Gambar: Andrea Piacquadio
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Yusri J menggunakan akaun Twitter @myusri_j dan mendapat lebih 25,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elvina Pernah Alami Mental Breakdown Ketika Jaga Anak Sakit

gempak
07/07/2024
02:55 MYT
Sepanjang lima tahun menjadi seorang ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi detik-detik kepayahan yang pernah dihadapi semasa menjaga cahaya matanya.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.
Berita

Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

gempak
09/06/2024
00:55 MYT
Seorang guru lelaki ditahan reman tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun di Kompleks Mahkahmah Melaka, Ayer Keroh gara-gara didakwa menghisap kemaluan pelajarnya yang sedang tidur pada Februari lalu.
Viral

Solihin Tak Tidur 4 Tahun Kerana Telinga Berdesing

gempak
01/06/2024
13:38 MYT
Seorang lelaki dari Garut, wilayah Jawa Barat mendakwa bahawa dia tidak dapat tidur selama empat tahun kerana mengalami masalah telinga berdesing.
Berita

Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

gempak
23/04/2024
14:50 MYT
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.