,
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Aku Simpan Resit Gadai Gelang Pusaka Mak Aku Tu, Aku Janji Aku Akan Tebus Satu Hari Nanti"

Gempak Spot
14/10/2020
03:27 MYT
Kisah ini dihantar oleh Aiman untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Selalu kita ambil mudah je bila tiba tentang mak dan ayah kita. Maklumlah kita kerja di bandar dan mereka di kampung. Nak jenguk selalu memang payah kerana komitmen kerja dan lain-lain. Kita ada saja alasan tak cukup masa, padahal ada je masa yang kita boleh hubungi mereka.
Aku bukan nak salahkan sesiapapun. Aku cuma cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Berhijrah ke bandar untuk cari jalan membaiki kehidupan keluarga. Itu cita-cita asal aku.
Dua tahun dulu, bila aku kenang balik betapa gembiranya mak dan ayah aku bila dapat tahu aku dapat kerja yang aku pohon di bandar. 8 jam jugak kalau aku nak berulang alik dari kampung ke tempat kerja. Aku ingat lagi mak aku gadai gelang pusaka untuk aku bayar bilik sewa bulan pertama di bandar.
Aku simpan resit gadai tu dan aku berjanji suatu hari nanti bila aku dapat kumpul duit, aku akan tebus balik gelang pusaka mak. 9 bulan jugak untuk aku buat benda tu. Aku tahu gelang tu je harta yang mak aku ada peninggalan arwah tok.
Setahun kerja, aku naik pangkat. Alhamdulillah. Aku belikan mereka phone sebab senang nak hubungi mereka. Aku ajar macam mana nak buat Video Call supaya aku dapat tengok wajah mereka.
Kenapa aku nak cerita semua ni? Sebab ketika aku berborak dengan kawan-kawan, aku terkejut ada yang dah tak balik kampung atau telefon mak dan ayah hampir 4-5 bulan. Pada aku sangat lama. Aku kalau tak dapat bercakap dengan mak aku dua tiga hari aku dah rasa tak sedap hati, inikan pula lebih dari sebulan.
Aku bukan nak judge dorang dan aku bukan nak judge sesiapa pun. Cuma aku rasa kita perlu balik kepada asal. Fikirkan mak dan ayah walau di mana kita berada. Zaman sekarang ni pun dah tak susah kalau nak berhubung. Telefon ada (sejak zaman dulu lagi dah ada pun) dan macam-macam cara lagi yang dah lebih advance!
Kita semua ada sorang mak dan sorang ayah saja. Itu yang kita ada, melahirkan dan membesarkan kita. Didik kita untuk jadi manusia yang berguna. Kerja keras nak bagi kita makan hari-hari, nak bayar kita sekolah dan nak pastikan kita keluar dari kepompong kemiskinan, macam aku ni.
Aku tak akan lupakan mereka. Ada masa bila aku terlalu rindu, aku redah saja naik motor kapcai aku 8 jam balik kampung. Pada aku mereka tak ada galang ganti. Biarlah orang nak kata aku anak mak atau anak ayah, aku tak kisah. Malah aku suka orang panggil aku dengan gelaran tersebut sebab memang betul pun.
Dua minggu ni aku memang tak boleh balik jumpa mereka sebab keadaan tak mengizinkan, tapi percayalah aku tak akan lupa untuk call mereka dan tanya pasal mereka. Aku bukan nak sibuk bagi nasihat pada orang lain. Kalau korang nak ambil yang baik, ambillah. Aku cuma nak cakap, jangan sesekali lupakan mak dan ayah kita walau sesibuk mana sekalipun.
Aku doakan mak dan ayah aku, serta mak dan ayah korang sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Contact lah dorang selalu. Doakan mereka setiap masa setiap kali korang tadah tangan memohon sesuatu pada Allah. Itu saja yang aku nak cakap.
Kredit Gambar: Matthias Zomer
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh Aiman untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shahz Jaszle Hargai Pengorbanan Isteri - “Dia Cantik, Cukup Sempurna & Syukur Saya Miliki Wife Terbaik”

gempak
19/10/2024
07:55 MYT
Pelakon, Shahz Jaszle akui sangat menghargai pengorbanan isterinya, Nur Hanis Husna dalam menguruskan rumah tangga dan juga kerjayanya.
Hiburan

"Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

gempak
13/10/2024
21:51 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi coretan hatinya sempena genap enam bulan usia anak pertamanya, Hawra Uqaira.
Viral

Tular Vape Bentuk Seperti Pen Marker & Gam Uhu Dijual Kepada Pelajar … Ibu Bapa & Guru Diminta Pantau!

gempak
04/10/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial kini mengenai vape dikeluarkan dalam bentuk alat tulis seperti marker pen yang ditemui dalam kalangan pelajar.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Unitar