Kisah (thread) ini aku kongsikan kepada anda semua berkaitan kembaran diri kita dalam setiap yang lahir didunia ini. Dia ditugaskan untuk membuat satu kemungkaran dalam setiap hidup kita. Samada ia baik atau sebaliknya wallahualam. Itulah QORIN. Jin yang ada pada diri kita yang tak boleh dielak.

Soalan yang pernah dituju kepada aku.

Assalamu’alaikum
Apa jin qorin itu? Adakah ia ialah syaitan? Adakah jin qorin itu adalah perilaku yang selalu membuat kemungkaran?
Mohon penjelasannya.
Terima kasih
wassalamu’alaikum.

Baiklah ini ialah apa yang aku tahu serba sedikit.

Semasa aku kecil. Sering melihat kembaran adik beradik dan kawan aku. Waktu tu aku dapat melihat dengan jelas dan aku sendiri yang pegang benda tu. Cuma dia berdiam diri tak bercakap. Tapi bentuk badannya adalah sama dan tak lari bentuknya dengan tuan badan.

Setiap hari mak aku akan menyuruh aku kejutkan abang dan kakak aku untuk bangun pergi kerja dan sekolah. Masa tu aku kecil lagi. Boleh dikatakan hari-hari aku nampak kembaran orang. Pengalaman ini aku kongsikan apa yang aku sendiri hadapi dan juga anda semua pernah hadapi.

Setiap pagi aku akan bangun sebelum azan subuh sebab ya lahkan budak kecil kena tidur awal. Kisah ini aku sikit pun tak pernah lupakan sebab aku jadikan itu ialah ilmu dan pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Dan ini ialah kisah bagaimana aku dapat melihat kembaran mereka dan diri.

Mak: liddd!! Pergi naik atas kejutkan abang dengan kakak kau pergi kerja dengan sekolah. Nanti lambat pulak. Aku dah tak larat nak naik turun kejutkan diorang. Mak nak masak ni.

Aku dengan secara sukarelanya pergi naik atas ketuk bilik abang dengan kakak aku. Kakak aku tengah bersiap untuk ke sekolah jadi aku tak perlu ketuk pintu. Terus ke bilik abang aku. Aku tengok abang aku tengah baring dekat katil badannya berpaling ke arah dinding tapi tak berdengkur. Selalunya berdengkur.

Aku: Abang!! Bangun nak pergi kerjakan. Nanti lambat.

Jadi aku pun turun sambung tengok cerita pingu dekat tv. Aku pun layan tv jela. Kemudian kakak aku turun.
Kakak: Lid!! Pergi kejutkan abg kau. Kau tahu jela abg kau tu kejap lagi sengal sebab lambat tak kejutkan.

Aku: Alaaa dah kejutkan dah tadi. Dia diaammm je tak nak bangun. Puas orang kejutkan tadi. Kang kejut lebih-lebih kena marah pulak. Tu yg malas tu.

Kakak: tak apa kejutkan je.

Aku bangun pergi naik atas nak kejutkan abang aku. Pun dalam keadaan yg sama tak beralih arah.

Aku : Bang!! Bangunlah. Nanti lambat nak pergi kerja. Dah pukul 7 dah ni!!

Masih tak menyahut dengan tak berpaling arah. Aku pegang abang aku goncangkan abang sambil tu takut jugak. Sebab takut dia marah dan lempang aku sebab aku kacau dia tidur.

Puas aku kejutkan tapi tak nak bangun. Aku pun pergi ke kedai beli nasi lemak. Lepas balik tu aku naik nak kejutkan lagi. Pun benda yang sama tak nak jugak bangun. Aku pun turun ke bawah pergi dapur.

Aku: Mak!! Abang tak nak bangun. Puas dah kejutkan.

Tiba-tiba mak aku berhenti menumis sambal ikan bilis.

Mak: Ehh tidur balik abang kau. Tadi bukan dah bangun ke kelam kabut terjun tangga sebab dah lambat pergi kerja.

Aku pun cakaplah pada mak aku yang aku baru kejutkan abang tapi tetap tidur je dan tak mandi lagi. Baru sahaja aku kejutkan dia.

Mak: Tak adalah! Abg kau dah pergi kerjalah.

Aku pun naik ke atas sebab tak puas hati mak aku cakap macam tu. Bila masuk bilik, abang aku dah tak ada atas katil. Aik! Mana pulak dia ni. Main nyorok-nyorok pulak! Aku tengok bawah katil. Pusing-pusing tingkat atas cari abang aku sebab dia suka takutkan aku waktu kecil.

Turun ke bawah. Mak! Abang dah tak ada kat atas. Dah pergi kerja. Pelik! Cepat betul dia bangun. Tak mandi ke pergi kerja mak?

Mak: hurmm ko pergi la tgk tv.

Kemudian aku dengar orang lari-lari dekat tingkat atas. Aku pun pergi ke dapur. Aku tanya mak dia dengar tak abang lari dekat bilik atas.
Jadi mak aku pun marah suruh jangan naik atas dan suruh aku tgk tv. Hurm cerita “pingu” dah habis. next time aku malas nak kejutkan.

Bila abang aku balik tengahari untuk lunch hour, aku tanya abg aku pukul berapa dia pergi kerja pagi tadi sebab puas aku kejutkan dia bangun.

Abang: abang pergi kerja awal pagi tadi pukul 6.30. Kenapa tu? Kau nampak kembar abang kot Lid. Abg dah bangun awal lah.

Aku: Aik pukul 7 dengan pukul 8 lebih tu orang kejutkan abang. Abang tak bangun pun. Tipu! Tak payah nak main-main.

Abang aku pun gelak dengan mak aku. Kau nampak kembar abang kau lah tu. Abang kau memang ada kembar. Dari abang kau kecik mak selalu nampak dengan adik beradik kau nampak jugak.

Aku pun iyakan lah. Aku ingat memang abang aku ada kembar. Aku tak tahu pun tu ialah qorin. Makhluk yang menjelma serupa dengan abang aku sendiri. Abang aku pesan:

Abang : Lid kalau kau nampak kembar abg tu kau jangan takut pulak. Muka dia menakutkan. Tak sama macam muka abang yang hensem ni.

Aku : yela tu! Yekk!! Tak hensem langsung. Hahaha

Kemudian ini kejadian di waktu malam. Semasa aku tengah layan cerita Sin Chan pukul 7. Aku nampak abang aku jenguk dekat tangga. Tangan dia panggil aku macam suruh tengok sesuatu dekat atas. Aku pun tak naklah pergi sebab nak tengok kartun. Budak-budak kan. Mana hairan benda lain kalau ada cerita kartun.

Abang aku duduk je situ. Tunggu aku habis. Peliklah, kenapa dengan abang aku. Biasanya dia tak pernah macam tu. Kembar abang aku pun naik ke atas. Lepas habis cerita kat tv tu, aku pun naik atas.

Aku: Abang! Mana? Apa yg panggil tadi. (Puas aku mencari atas bawah abang aku)

Aku tanya mak aku. Mak!! Abg Edey mana? Tadi dia panggil. Bila orang cari dia tak ada pulak.

Mak: Mana ada abang kau balik lagi! Kau nampak siapa ni? Dahlah jangan pelik-peliklah. Pergi mandi! Dah malam dah ni. Kejap lagi nak pergi mengaji. Aku pun naik atas nak ambil pakaian aku.

Aku mula rasa macam takut sebab terasa macam seram sejuk je kat atas tu. Dah ambil apa semua aku nak pusing lah badan aku nak turun mandi kat bawah. Tiba-tiba abang aku dari belakang sergah aku.

Hoi!!!! Hahahaha

Menjerit kuat lah aku menangis. Mulai dari tu aku mula fobia. Boleh dikatakan kerap dapat tengok kembar abang aku.

Kali ini aku melihat kembaran kakak aku pulak. Tengah baca buku sebab kena paksa baru lepas kena rotan dengan mak sebab asyik tengok tv je. Aku pun naik ke atas dalam jam 9.30 malam macam tu sebab tak faham apa yang di studykan, nak mntak kakak aku ajarkan.

Bilik akak tak berkunci. Aku pun masuk lah. Tengok tingkap bilik dia tak tutup. Terbuka luas. Aku tengoklah kat luar tingkap.

Eh apa kakak buat dalam gelap-gelap tu. Tak takut ke dia ni. Eeii momok banyak lah kat luar tu.

Aku pun panggil. Kak! Masuklah dalam. Nak bergayut pun jangan kat luar tu.

Nanti momok datag! Eeiii habislahh kakak nanti! Kakak aku pun masih buat tak reti apa aku cakapkan. Dia selalu pakai baju kelawar camtu dan rambut dia panjang. Selalunya berikat. Tapi kali ni lepas berjurai dan pelik. Kenapa panjang sangat pulak. Selalunya paras bahu je.

Kakak aku pun palingkan arah muka dia setengah. Tak pusing habis, aku tengok muka kakak aku macam luka-luka dekat pipi sambil tersenyum. Aku takutlah! Aku lari turun bawah.

Aku: Mak!! Suruh kakak masuk dalam. Dia bergayut dekat belakang rumah tu. Dah lah malam dah. Bergayut je kerja.

Aku ni kuat mengadu ahahaha anak bongsu la katakan.

Mak: mana ada kakak kau kat atas. Kan tak ada sesiapa kat atas. Abang dengan kakak kau kan pergi ikut ayah sebab ada jamuan makan dekat club golf kawan dia.

Aku: mana ada! Orang nampak kakak lah tadi kat ampaian belakang tadi! Sumpah orang nampak tadi. Bila orang panggil dia pusing kan muka tapi muka kakak ada luka lah mak kat pipi dia. Dia gaduh ke mak?

Mak: kau duduk dekat mak je, jangan pergi mana. Mak takutlah. Ayah kau dahla tak ada ni. Jangan cakap apa-apa lagi. Mak aku pun tukarkan channel tv1 sbb ada siaran budak-budak masa tu.
Ayah dengan kakak pun balik. Aku terus lari kat kakak aku. Kak!! Tadi org nampak kakak kat ampaian belakang rumah. Lepas tu akak aku takutlah. Apa kau ni! Cakap macam ni. Aku tampar baru tahu nak takut-takutkan orang.

Aku pun diamlah sebab kena marah. Tapi aku tengok pipi kakak aku elok je tak ada kesan luka apa. Aku mula takut sebab syak yang aku nampak tu benda lain.

Ayah aku pernah pesan waktu aku kecil. Kau kalau nampak apa-apa, jangan pergi. Pastikan tu adik beradik kau atau mak ayah kau. Kau kecil lagi, mudah ditegur.

Kemudian hari aku dapat tengok kembaran kakak aku sendiri tidur sebelah abang dengan kakak aku. Aku terus takut dan fobia dengan diaorang sebab aku fikir diaorang ada bela hantu. sampai sekarang aku anggap abang dengan kakak aku ada kembar tapi kembar suka ghaib-ghaib.

Barulah aku tahu ayah dengan mak aku pesan dekat aku. Lid, apa yg kau nampak tu ialah Qorin. Qorin tu ialah kembaran dalam setiap manusia hidup di muka bumi ni. Jadi jangan takut. Qorin ni tak ganggu orang. Dia tak macam jin yg lain. Dia ada tugas dia sendiri.

Siapa itu Qorin?

Qorin adalah jin yang ditugaskan untuk mendampingi setiap manusia dengan tugas menggoda dan menyesatkannya. Dengan itu, qorin ialah syaitan dari kalangan jin.

“Apa itu qorin?” Beliau menjawab, “Qorin adalah syaitan yang ditugasi untuk menyesatkan manusia dengan izin Allah. Dia bertugas memerintahkan kemungkaran dan mencegah yang ma’ruf. Sebagaimana yang Allah firmankan.

Syaitan menjanjikan kefakiran untuk anda dan memerintahkan kemungkaran. Sementara Allah menjanjikan pengampunan dan kurniaan dari-Nya.

tetapi, jika Allah memberikan kurnia kepada hamba-Nya berupa hati yang baik, jujur, selalu tunduk kepada Allah, lebih menginginkan akhirat dan tidak mementingkan dunia maka Allah akan menolongnya agar tidak terpengaruh gangguan jin ini, sehingga dia tidak mampu menyesatkannya.

‎Di antara dalil yang menunjukkan adanya qorin:
‎a. Firman Allah

‎قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ

‎“Yang menyertai manusia berkata : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” (QS. Qaf: 27)

Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping) dari golongan jin.

Dalam hadis terdapat peringatan keras terhadap godaan jin qorin dan bisikannya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi tahu bahawa dia bersama kita, agar kita selalu waspada sebaik mungkin. Berdasarkan renungan terhadap berbagai dalil dari Alquran & sunnah dapat disimpulkan bahwa tiada tugas bagi jin qorin selain menyesatkan, mengganggu, dan membisikkan was-was. Godaan jin qorin ini akan semakin melemah, sebanding dengan kekuatan iman pada sisi seseorang.

Apakah qorin juga menyertai manusia setelah dia meninggal? Syaikh Ibnu Utsaimin menjelaskan, “Apakah qorin ini akan terus menyertai manusia, sampai menemaninya di kuburan? jawabnya, Tidak.

Allahu a’lam – menunjukkan bahawa dengan berakhirnya usia manusia, maka jin ini akan meninggalkannya. Kerana tugas yang dia lakukan telah berakhir. Ketika manusia mati maka akn terputus semua amalnya. kecuali tiga hal: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.

Cara Melindungi Diri dari Jin Qorin:

Banyaklah berzikir dan memohon perlindungan kepada Allah. Jika kita sungguh-sungguh melakukan hal ini, insyaaAllah, akan datang perlindungan dari Yang berKuasa.

Jin Qorin, tersebut jelas di dalam Alquran:

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Allah yang maha pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah menjadi teman (al Qarin) yang menyertainya” (QS az-Zukhruf: 36).

Itu sahaja perkongsian ilmu yang aku dah kongsikan kepada anda semua. Ingat, jangan sekali-kali kamu menganggap qorin (kembaran) diri anda ialah teman hidupmu. Kerana ia akan bangga dan menganggap dirimu sebagai sahabat karib dalam kesesatan (Syaitan).

Rupa parasnya yang sebenar jauh lebih mengerikan daripada rupa diri kita sendiri. Jangan dampingi ia dan juga bersahabat dengannya. Doa ialah kunci setiap seorang hamba Allah yang mulia. Tanpa doa, segalanya tak akan terhajat.

Sekian terima kasih,
Sincerely,
#kheyamir

Kredit Gambar: khey.amir Twitter @Thehulkey

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter khey.amir menggunakan akaun Twitter @Thehulkey. Perkongsian beliau mendapat lebih 9,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]