EDUCATION | PENDIDIKAN
#GempakSpot: Ambil Upah Lukis Pada Kasut & Lukis Potret, Gadis Ini Dapat Perhatian Menteri
Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi berkongsi beberapa keping gambar hasil karyanya di Twitter. Menggunakan nama @PutriAimie_ beberapa keping gambar yang dikongsinya mendapat perhatian ramai.
Berikut adalah apa yang dikongsikannya di Twitter beliau.
"Saya memerlukan customer (pelanggan) dalam masa terdekat ni. Murah sahaja saya bagi untuk lukis kasut (tidak termasuk kasut). Kalau ada yang berminat, boleh DM (Direct Message)."
Perkongsian beliau mendapat tindak balas yang cukup positif daripada warga Twitter.

"Hai semua. Terima kasih kerana menyokong saya. Saya memohon maaf kerana buat masa sekarang saya tidak mampu untuk mengambil tempahan pada satu masa kerana saya masih lagi seorang pelajar dan perlu untuk mentelaah pelajaran. Saya akan cuba membalas setiap DM satu persatu. Terima kasih kerana bersabar."
Beliau turut berkongsi senarai harga untuk melukis corak pada kasut.
"Untuk kasut, kalau warna lebih kurang RM150 dan untuk hitam putih dalam RM100."
"Semua ini tidak termasuk penghantaran kasut (anda perlu menyediakan kasut sendiri dan hantarkan kepada saya). Harga juga tertakluk kepada corak yang diminta. Anda boleh pilih apa juga corak, tetapi anda perlu sediakan gambar atau contoh."
Selain melukis pada kasut, gadis ini juga membuat gambar potret.

"Untuk potret, jika ada 'background' harganya lebih kurang RM15 dan jika hanya biasa sahaja, RM10. Saiznya adalah A6, hanya hitam putih dan tiada warna lain. Harga juga bergantung kepada saiz kertas dan tidak termasuk dengan bayaran pos.

Istimewanya, Twitter yang dikongsi oleh gadis ini turut mendapat perhatian Menteri Beliau dan Sukan, YB Syed Saddiq yang meninggalkan komen positif dan mungkin juga turut membuat tempahan melalui DM.
Kredit Gambar: Twitter @PutriAimie_
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @PutriAimie_ dan mendapat hampir 7 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video