Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter Ustaz Muhammad Fahmi menggunakan akaun Twitter @fahmirusliMFR tentang perkara yang sering menjadi bualan dan kebiasaan yang masyarakat perlu tahu perkara di sebaliknya. Semoga mendapat manfaat.

Saya memulakan tanda pagar (hashtag) #MasyarakatPerluTahu bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran.

1- #MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya. (perlu diperbincangkan lagi).

2- #MasyarakatPerluTahu bahawa doa yang mustajab itu ada pada setiap sujud solat. Ia tidak terkhusus kepada sujud terakhir sahaja.

Rakan-rakan juga boleh tambah menggunakan tanda pagar yang sama. Jika saya setuju dan rasakan sesuai, saya akan masukkan dalam senarai bebenang ini.

3- #MasyarakatPerluTahu bahawa bacaan Al-Fatihah di dalam solat perlu dibaca dengan suara yang didengari oleh telinga sendiri. Bukan baca Al-Fatihah dalam hati.

4- #MasyarakatPerluTahu bahawa perkataan silaturrahim merujuk kepada hubungan kekeluargaan atau kaum kerabat sahaja. Kawan-kawan atau jiran tetangga tidak termasuk dalam rahim.

5- #MasyarakatPerluTahu bahawa bukan menjadi satu syarat untuk jawapan istikharah yang kita lakukan itu, diperoleh menerusi mimpi.

Bahkan, selama kita dilapangkan dada dan dipermudahkan untuk membuat sesuatu urusan dan keputusan, itulah petunjuk dari istikharah yang dilakukan.

6- #MasyarakatPerluTahu bahawa menjulurkan / menghadapkan kaki ke arah kiblat itu bukanlah suatu yang dilarang di sisi syarak.

Ia tidaklah haram dan tidak pula makruh.

Bahkan hukumnya adalah harus.

7- #MasyarakatPerluTahu bahawa amalan sunat adalah amalan yang dituntut untuk dibuat. Bukan dijadikan alasan :

“Alah, tak buat pun tak apa, kan sunat sahaja”.

Sedangkan tuntutan syarak itu hukumnya dua, iaitu wajib dan sunat.

Terima kasih sahabat saya Ustaz @_muhaimin26

8- #MasyarakatPerluTahu bahawa TIADA DALIL yang jelas bahawa digalakkan hubungan seks antara suami isteri pada malam Jumaat.

Yang ajaibnya, gol. LGBT pun saban minggu nak dapat ‘fadilat’ malam jumaat.

Bahkan Imam Al-Nawawi kata, pendapat tersebut adalah lemah atau batil.

9- #MasyarakatPerluTahu bahawa sebutan yang betul adalah “bukan mahram”. Manakala sebutan “bukan muhrim” dalam konteks tersebut, tidak betul.

Mahram - orang yang haram kita berkahwin dengannya. Bukan mahram - halal berkahwin dengannya.

Muhrim - Orang yang sedang berihram.


Kredit Gambar: Ahmet Polat

kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter Muhammad Fahmi menggunakan akaun Twitter @fahmirusliMFR dan mendapat lebih 5,000 Retweet hampir 7,000 dan Likes. Beberapa ejaan, perkataan atau ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot