Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: Buat-Buat Lupa 'Kewujudan' RM20, Wanita Ini Berjaya Kumpul Ribuan Ringgit Melalui #RM20Challenge
Seorang pengguna Twitter Mimie Rahman melalui akaun Twitternya @mimierhmn berkongsi bagaimana dia dapat mengumpul beberapa ribu ringgit melalui #RM20Challenge yang dilakukannya.
Setelah setahun buat #RM20Challenge, kami berjaya menyimpan beberapa ribu ringgit.
Sejujurnya, challenge ni sangatlah susah. Nak melupakan kewujudan duit RM20 dalam poket sangatlah susah, banyak benda yang berlaku tahun lepas.
I dah guna separuh daripada ini untuk all the emergencies and unwanted things that happened last year.
Ini apa yang saya dapat dalam #RM20Challenge; memang RM20 atau RM5 je kita boleh deny existence sebab jarang dapat berbanding RM1, RM10. Sekali sekala I minta tukar 20 keping RM1 kepada sekeping RM20 dengan member, dorang pun jarang ada note RM20.
RM50 atau RM100 pulak terlalu besar.
Adakah saya akan buat (challenge) lagi?
Yes.
Macam mana nak buat?
Setiap RM20 yang anda ada - lupakan kewujudannya. Simpan kat mana-mana, tempat yang mudah untuk anda masukkan duit. Tak perlu gulung , nanti rosak duit.
Elakkan ATM yang boleh keluarkan RM20.
Kalau perlu guna duit ni, set jenis kecemasan yang susah untuk kita guna duit ni. Contoh - Phone hilang atau sambung belajar.
I tak gunakannya sebagai duit kecemasan untuk makan no matter how sengkek bulan tu. Kenapa? Sebab ianya akan jadi benda yang berulang.
To be fair, I did use this as emergency for meal. That's when I found it to be repetitive. So I lost couple of hundreds there.
To avoid this from happening again, I do meal prep instead this year.
Plus point, I did not record this as money in/money out dalam Money Manager App (Yes I use this app).
Kenapa?
Saya buat-buat tak tahu kewujudan RM20. Kalau ada money short dalam Money Manager tu, short la ia. Kena top up balik guna duit freelance.
Being a B40, challenge ni memang susah. Ini pun collective effort of two person.
Sad to say this, I am approaching 30 and I do not own investment accounts. Planning too but not now.
Minta sama-sama kita berdoa saya dapat biasiswa untuk belajar suapay dapat bayar balik semua hutang.
P/S - Elakkan pergi ATM yang keluarkan RM20 kalau boleh. Nanti korang menangis pegang duit, lepas tu confirm putus asa nak simpan hahaha.
Kalau nak mula dengan mudah, buat #RM5Challenge. Semoga berjaya.
Kredit Gambar: @mimierhmn
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Mimie Rahman menggunakan akaun Twitter @Hmimierhmn dan mendapat lebih 3,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video