Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: Dijemput Illahi Pada Malam Pertama Ramadan, Teman-Teman Berkongsi Sifat Mulia Allahyarham Daniel Dzaqi
Pada malam pertama umat Islam menyambut Ramadan, ada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @aimanomist
Innalillahwainnailaihiraajiun.
Semoga kau tenang di sana adikku. Sepanjang aku kenal kau, hati kau baik dan selalu cuba nak ceriakan orang.
Kau dipanggil Allah semasa kau berkhidmat untuk masyarakat. Moga Allah bagi syurga tanpa hisab untuk kau Daniel Dzaqi.
Alfatihah. Arwah berkhidmat sebagai rider KFC. Semasa jalankan tugas hantar makanan, Dzaqi kemalangan dilanggar kereta di Padang Jawa.
Umur Allahyarham Daniel Dzaqi 21 tahun. Antara goal keeper futsal yang padu dalam batch dia.
Ditakdirkan meninggal pada malam pertama Ramadhan. Insya-Allah syurga buatmu.
Kenalan-kenalan Allahyarham Daniel Dzaqi turut berkongsi tentang sifat-sifat baik dan mulia yang dimiliki oleh Allahyarham.
teringat balik lagu yang dia nyanyi untuk salah sorang member kiteorg pastu member post dalam group yang mula nya gurau tapi bila dengar balik sekarang..i feel you dzaqi pic.twitter.com/PRuqQaVFxV— ⛈️ (@aslamismaill) April 23, 2020
Sesungguhnya, Allahyarham mempunyai sifat yang suka membantu dan periang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Kredit Gambar: Twitter @aimanomist
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @aimanomist dan mendapat hampir 17,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan akrtikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video