Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Dua Tahun Aku Menyimpan Harapan, Dan Aku Masih Lagi..."
Kisah ini dihantar oleh Seana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Dalam kehidupan kita siapa je yang tak pernah jatuh cinta, bercinta, putus cinta dan sebagainya. Cumanya berapa ramai orang yang bercinta menjadi bertepuk sebelah tangan, dan diberi harapan palsu.
Benarkah aku diberi harapan palsu? Mesti ada juga kan.
Aku bukanlah seorang lelaki yang jenis suka bergaul atau bercakap dengan perempuan masa sekolah menengah, malu mungkin sehinggakan hari ini aku tidak pernah menyimpan nombor perempuan sekolah menengah aku.
Advertisement
Tetapi aku sekarang bukan seperti yang dahulu, sejak menyambung pengajian diperingkat STPM, banyak yang mengubah dan meningkatkan keyakinan diriku sehinggalah aku berjaya ke universiti yang diidamkan.
Pada suatu hari, nak dijadikan takdir aku jumpa kawan perempuan sewaktu sekolah menengah di instagram, lalu aku follow dia. Saban hari aku melihat dirinya di media sosial menyebabkan aku tertarik akan tentang dirinya.
Nak dijadikan cerita, aku DM dia di intagram dan menyatakan ingin pergi ke rumahnya ketika hari raya, dan yesss!! Aku berjaya untuk mendapatkan nombor telefon dia dengan alasan hantar map rumahnya di WhatsApp.
Saban hari, chatting kami di WhatsApp semakin rancak, hati aku mula menyukai akan dirinya lalu aku
menyatakan hasrat hati aku. Tapi dia menolaknya, tak nak declare apa-apa, tapi dia selesa untuk aku
memanggilnya sayang.
Setiap kali WhatsApp, perkataan sayang tidak pernah aku tinggalkan, setiap hari aku menyatakan I love you tapi dia tidak membalasnya. Aku tak ambil hati mengenai hal itu, kerana aku tau sifat dirinya yang tidak suka sangat untuk bermanja, jadi aku membiarkannya.
Setelah 2 tahun aku memendam rasa sayang dan kasih yang kuat terhadapnya, akhirnya dia membuka mulut. Pada awal pagi ramadhan tahun ini, dia melepaskan diriku. Hanya tuhan sahaja yang tahu, bagaimana perasaan aku ketika itu, sumpah jantung aku jadi berdebar, tangan terketar.
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana aku nak lepaskan kau Nur... Aku cinta dan kasih dekat kau sepenuh hati aku. Aku rela kerja menjual air mangga di tepi jalan dengan azam, tamat pengajianku, aku akan membawa sebentuk cincin untuk mengikat hubungan ini.
Tapi apakan daya, aku sendiri menyatakan dulu kalau Nur tak menerima aku, aku akan okay. Ibarat
peperiksaan, kau study, kau jawab then tawakkal. Begitulah cinta, kau usaha, kau jujur dengan dia, then
tawakkal.
Terpaksalah aku melepaskan kau Nur. Keesokkan harinya Alhamdulillah, aku dapat kerja di bakery, dan kemudian sebulan aku bekerja di situ. Aku unfollow IG Nur, aku hide status dan aku mute kau Nur, tapi ku masih boleh lihat status WhatsApp kau Nur.
Sumpah hati ini tidak mampu berjauhan, aku tebalkan muka aku aku WhatsApp dia balik. Terkejutnya aku bila dia bertanyakan kenapa lama menghilang? Kenapa baru sekarang cari balik? Gembiranya hati aku ketika itu. Rupanya Nur juga tidak mampu berjauhan dari aku.
Syukur dalam hati aku lega kau menerima aku hadir balik dalam hidup ini. Perkara yang best aku ingat, kita buat yang lagu Taylor Swift tu, Romeo Save Me. seronok aku kau membalas Nur.
Kegembiraan ini tidak berkekalan, Nur kantoi dengan aku ketika dia pergi servis keretanya dengan aku sewaktu dia belajar di Negeri Sembilan. Aku melihat Instagramnya, aku pelik kerana kawan baiknya itu tiada dengan dia. Itu menimbulkan prasangka.
Seharian dia tidak membalas WhatsApp aku sehinggalah lewat malam. Keesokkannya dia mengaku bahawa yang menemaninya itu kawan lelaki. Nur kata dia lagi tau berkenaan kereta. Tapi tidak mengapa aku terima alasan itu, walaupun aku sudah merasainya.
Pada hari jadinya awal bulan Ogos tempoh hari, aku bersungguh membuat video tentang dirinya disertai ucapan ulang tahun. Dia tidak post pun di Instagram miliknya, bahkan story IG yang aku tag dia, dia cover nama IG aku.
Tepat 12 malam aku wish dan send video tu kepada dia. Kemudian aku lihat status WhatsApp nya dia up status ada orang bagi coklat dan menulis 'hb tantek'. Aku tergamam, dan aku terus menanyakannya tapi dia memarahi aku, kerana aku mempersoalkan hadiah itu.
Dari situ aku sudah ketahuinya. Kemudian aku meninggalkan chat aku malam tu dengan persoalan. Selepas 3 hari baru dia membalasnya. Alangkah terkejutnya aku dia sekali lagi jujur menyatakan kawan
lelaki yang teman servis kereta hari tu adalah teman lelaki dia dan yang bagi coklat tu pun orang yang sama.
Hancur, retak, pecah seribu hati ini ibarat kaca yang jatuh berderai di lantai, terketar dan kebas tangan aku membaca WhatsApp itu. Banyak aku luahkan isi hati aku di saat chat yang terakhir itu, tapi mulut aku tak termaki dirinya kerana sungguh ku menyayangi dirinya.
Ayat terakhirku, jika dia tak mampu menjaga kau dengan baik, pulanglah aku masih menyayangi mu. Mungkin diriku yang bertepuk sebelah tangan. Semua usaha 2 tahun sehingga jatuh motor dibuatnya ketika nak ke rumahnya. Aku tidak pernah membawanya keluar kerana hati aku benar ingin menjaganya.
Kredit Gambar: Pelindung Seorang Puteri
Nota: Gambar utama hanyalah gambar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh Seana untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Must-Watch Video