Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Isteri Ni Bila Dia Kata Dia Masih Sayang, Buruk Macam Mana Pun Suami Dia..."

Gempak Spot 08/12/2020 | 03:30 MYT
Cerita ini kongsikan oleh peguam syariah Muhammad Syarafi menggunakan akaun Twitter @RafiCounsel untuk mendidik netizen supaya sama-sama Celik Syariah. Team #CelikSyariah ditubuhkannya sejak dua tahun lalu untuk memberikan pendidikan percuma melalui media sosial tentang prosedur di Mahkamah Syariah dan isu kekeluargaan.
YA: nak mohon apa ni?
PL: nak lepaihkan isteri saya ni Tuan
YA: kenapa nak lepaskan?
PL: saya dah tak sihat sekarang ni dan saya tak mampu dah nak sara diri jadinya saya nak lepaihkan dia ni elok la Tuan. Tak mau lepaih tak elok pasai dulu saya amik dia elok dari mak pak dia.
YA: kamu DF macam mana setuju tak nak berpisah ni?
DF: tak setuju Tuan, saya masih sayang dia sebagai suami saya walaupun keadaan dia macam ni. Saya boleh jaga dia.
YA: ha macam mana ni PL, DF tak setuju nak pisah ni?
PL: dia tak setuju takpala Tuan, tapi saya setuju nak lepaihkan dia pasal saya memang dah tak mampu nak bagi nafkah zahir dan batin pada dia ni. Nanti berdosa saya mati esok lusa ni.
YA: betul ni DF kamu tak setuju nak pisah?
DF: betul Tuan, saya masih sayangkan dia sebagai suami.
YA: kalau macam tu Mahkamah arahkan pihak-pihak untuk melantik HAKAM masing-masing dan dibawa pada sidang akan datang.
Tuan-Puan,
Isteri ni bila dia kata dia masih sayang, buruk macam mana pun suami dia, Selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, Sakit macam mana pun suami dia, dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang.
Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira.
Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.
Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.
Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses dan sebagainya.
Ianya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.
Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah.
Kredit Gambar: Twitter @RafiCounsel
Kisah ini dikongsi peguam syariah Muhammad Syarafi yang menggunakan akaun Twitter @RafiCounsel dan mendapat lebih 22,000 Retweet dan hampir 14,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#GempakSpot #Celik Syariah #Peguam Syariah
;