Education | Pendidikan
#GempakSpot: Lima Perkara Penting Yang Perlu Diubah Oleh Seorang Lelaki Sebelum Berniat Untuk Mendirikan Rumah Tangga
Perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @brotherjambang yang dikongsi daripada Peguam Syarie Khidmat Masyarakat boleh diambil sebagai iktibar dan nasihat kepada lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga.
Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat-tabiat ini.
1. Solat.
Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu. Tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumah tangga yag akan didirikan, maka rumah tangga tu tak akan dapat bertahan lama sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
2. Kerja.
Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yg tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti.
Lepas tu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri. Tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
3. Perangai bujang.
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan. Merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati.
Kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.
4. Belajar mengemas.
Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah, perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya.
Nanti bila kita dah berkahwin kita masih boleh teruskan apa yg kita dah biasa buat, dah selalu buat tu. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu utk buat kerja-kerja rumah.
5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.
Sekarang, sebelum kawin mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung, berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama 'kawan', tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan.
walaupun dia itu seorang kawan sahaja sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yg kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja.
Anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang. Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki.
Suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t.
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga.
Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
Kredit Gambar: @brotherjambang
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @brotherjambang dan mendapat hampir 22,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video