,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: “Rezeki Bukan Kamu Dapat Apa Yang Kamu Nak, Tapi Kamu Terima Apa Yang Tuhan Beri”

Gempak Spot
14/08/2020
02:00 MYT
Cerita ini dikongsikan oleh Dr Nimelesh melalui akaun Twitter miliknya @HausofHilton berkisar tentang rezeki untuk mendapatkan cahaya mata adalah ketentuan Tuhan dan hanya Dia yang menentukannya.
Maaf, saya menangis sambil menulis cerita ini.
Saya ingat lagi masa saya letak probe atas perut pesakit saya dan memberitahu beliau, “Maaf Puan”. Beliau dah tahu apa yang saya maksudkan. Apabila beliau tak berhenti berdarah di rumah dan ternampak suatu ketulan yang keluar sekali dengan darah tersebut.
Beliau menangis depan saya. Sudah beberapa tahun beliau mencuba untuk mengandung. Tetapi belum tiba masanya lagi. Saya hanya mampu untuk memujuk beliau dan merujuk pasangan tersebut kepada Doktor Pakar Sakit Puan kerana ini sudah merupakan percubaan yang ketiga.
Keesokan harinya saya mendapat 'tangisan' yang lain di klinik saya.
Ada pasangan datang setelah 11 tahun mereka cuba untuk mendapat zuriat. Dan kali mereka menangis dengan tangisan yang penuh kegembiraan, apabila mereka ternampak jantung bayi mereka buat kali pertama.
Proses kehamilan itu indah.
Tapi kita sebagai lelaki kena sokong isteri kita bukan sahaja semasa proses tersebut, malah sebelum dan selepas. Bukan mudah bagi pasangan yang tidak mempunyai anak. Mereka akan dipandang remeh oleh masyarakat, dipanggil 'tidak subur'.
Saya pernah lihat sendiri di kalangan Kaum India, ada wanita yang tidak mempunyai anak, atau suami dihalang daripada melibatkan diri dengan majlis perkahwinan saudara mereka - kerana dianggap 'nasib malang' tersebut boleh merebak kepada pengantin baru.
Apabila perkara ini berlaku kepada kita, kita akan mula bertanya “Kenapa saya?” Ada yang akan mula salahkan Tuhan. Ingat Rezeki ini bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi Bila kamu Terima apa yang Tuhan beri.
Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam (as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau. Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah (ra). Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.
Rezeki Tuhan itu luas. Sekiranya tiada rezeki anak, mungkin anda diberikan rezeki mertua yang baik. Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokan hari.
Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa, Bertawakal. Dan untuk kawan-kawan saya atau sesiapa yang sedang mengalami masalah ini, ketahuilah,
“Seorang anak yang meninggal dunia akan menjadi penghalang daripada api neraka, begitu juga anak yang keguguran” [Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 5, m/s 295]
Kredit Gambar: Twitter @HausofHilton
Perkongsian ini dikongsi oleh Dr Nimelesh yang menggunakan akaun Twitter @HausofHilton dan mendapat lebih 20 ribu Retweet dan lebih 15,00 Likes. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

gempak
09/09/2024
14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).