"Dr. Syu, patient tu datang lagi! Ala, lelaki yang 35 fahun tu. Sakit perut tak habis-habis, ubat siap request nak yang tu yang ni. Ni tak selang seminggu dia datang lagi!" ngomel medical officer.

Dia on call lagi. Untuk kali itu, sudah 3 kali pesakit ni datang.

"Semua investigations normal ni. Dia dah buat semua colonoscopy, endoscopy, copy copy semua dah buat, ecg, ct abdomen semua buat, tumor marker semua dah buat, semua normal!", ngomelnya lagi.

"Dia follow up surgery tu sebab irritable bowel disease ke?" tanyaku.

"Aah Dr. Syu, mana doktor tahu? Betullah. Ni tulis di kad dia. Susah sungguh dia ni, demanding. Orang explain pun tak nak dengar.

"Dr. Syu tengoklah, saya refer boleh, macam anxious sangat dia ni. Dulu pernah jumpa doktor psikiatri, tapi dia default, dia kata dia bukan gila," lagi luahan rasa medical officer di emergency department.

"Dia nak jumpa saya tak? Beritahu dia doktor nak ajak sembang-sembang je." (asking for consent)

"Nanti saya pujuk."

Sekali dua dia tetap tidak hadir tarikh janji temu yang diberi. Namun hari tu dia muncul.

"Hai awak!"

"Hai Doktor"

"Terima kasih sebab hadir hari ni, wanted sangat awak ni" (ice-breaking).

"Hahahaha," Ketawa dia.

"Aah doktor, saya ni bukan ada masalah mental pun, tak taulah kenapa orang suruh saya datang. Tapi saya sendiri pun dah penat."

"Boleh saya tahu apa ceritanya?" tanyaku.

"Saya ni sakit perut dah lama, 3-4 tahun dah, selalu cirit-birit, perut memulas-mulas, pening, loya, sakit badan, sebab tulah saya selalu pergi emergency tu. Dah jumpa doktor bedah, dia kata tak ada apa-apa, dia check semua normal"

"Kalau jadi macam tu, bila paling teruk?" tanyaku lagi.

"Bila saya risau, lagi teruk. Pasal duit, pasal famili, ni nak datang pun teruk saya sakit semalam."

"Bila start semua ni?"

"Entahlah, tetiba je jadi. Kadang dia punya teruk tu sampai 20-30 minit, sakit betul, rasa nak mati, berdebar-debar, sejuk kaki tangan, sesak nafas, saya rasa macam sakit jantung!"

"Kuatnya awak, lalui semua ni. Saya boleh nampak betapa tabahnya awak" (emotional validation).

Dan, dia terus menangis.

"Saya dah penat Doktor. Dulu saya okay, sekarang tak taulah, bomoh cakap saya kena buatan orang! Bomoh cakap orang tu dengki!"

"Bomoh ada bagi apa-apa rawatan ke?"

"Air jampi, tapi tak jadi apa. Saya jumpa doktor bedah dia kata irritable bowel syndrome, tapi ubat doktor pun tak okay. Sama je."

"Okay, semua awak dah pergi, bomoh, ustaz, doktor bedah, kecemasan"

"Aah, Doktor saya gila ke?"

"Awak rasa?"

"Saya rasa macam tu, semua orang cakap saya gila!"

"Tak, saya tak cakap pun."

"Awak, meh saya cerita. Ada banyak jenis orang jumpa saya, jumpa psychiatrist. Bergaduh gf-bf pun jumpa kami tau. Secara general, ada dua jenis penyakit mental ni:psikosis dan neurosis.”

“PSIKOSIS, ni orang orang yang dengar suara, nampak bayang bayang, bercakap sendiri, mengamuk kadang kadang."

"Doktor, saya bukan macam tu, takda."

"Memang takda, saya tak kata pun awak ada."

“Satu group lagi ni dia NEUROSIS, risau, runsing, mengelak diri. Orang-orang macam ni jadi susah nak bekerja sebab takut. Takut yang bukan-bukan, takut keluar sorang."

"eh eh.. Macam saya. Keluar kena berteman."

"Yang awak alami ni simptom anxiety, lebih spesifik, ada panic disorder."

"Tapi kenapa sakit perut ni? Tapi saya memang ada gastrik."

"Sebab, mind and body, otak dan badan saling berhubung, awak mungkin ada gastrik, sakit perut, tapi sebab gastrik ni teruk, awak risau takut jadi lagi, jadi awak runsing, runsing buat awak avoid atau mengelak keluar rumah, bekerja, jadi awak tak dapat bekerja, bila tak bekerja..."

"Saya jadi runsing, sebab tak ada duit, jadi saya risau jadi saya sakit perut," sambungnya.

"Wow, awak pandai..."

"Apa patut saya buat?"

"Apa patut awak buat?"

"Ubat kot doktor, tapi perlu ke?"

"Bila awak sakit ni, apa jadi pada awak?"

"Saya tak dapat kerja, saya takut, girlfriend pun lari, saya duduk seorang di rumah, saya tak percayakan orang, famili pun tak tahu nak buat apa."

"Awak memang bagus"

"Saya nak bekerja.."

"Bantu saya untuk bantu awak. Boleh awak percayakan saya? Kali ini je. Ada banyak cara, ubat, terapi macam CBT (cognitive behaviour therapy), deep breathing techniques /teknik bernafas."

"Tak makan ubat boleh?"

"Boleh, tapi awak kena compliant dengan terapi lain"

"Tapi saya risaulah Doktor"

(pesakit anxiety akan bertanya perkara sama berulang kali)

"Okay, saya cuba makan ubat..."

"Good. You yang decide, saya percaya awak decide yang terbaik untuk awak" (emotional validation). Saya nak awak bekerja semula, awak sebaya saya dan pada umur ni kita semua bekerja."

Maka, kami berbincang tentang ubat, kebaikan ubat, cara ubat berfungsi, kesan sampingan dan mengapa dia kena compliant pada ubat. Dia juga diajar teknik pernafasan dan brief CBT secara ringkas.

"Jadi ubat saya ni WAJIB la ye doktor"

"Ya, WAJIB, macam solat tak boleh tinggal, berdosa, hahahaha"

Dua minggu, dia datang temujanji, komplen tentang muntah dan loya. Tapi itu perkara biasa kerana kesan sampingan ubat pada peringkat mula. Dia hampir give up tapi masih berusaha.

Enam minggu berlalu, dia datang, tersenyum.

"Saya semakin baik, perut kurang sakit, mood lebih baik. Saya rasa macam okay dalam 50%, saya happy dengan perubahan ni, mak saya pun suka. Terima kasih! Saya patut datang awal lagi, saya takut orang kata saya gila, tapi sekarang saya dah faham."

"Saya gembira juga. Terima kasih kerana percayakan diri awak sendiri."

Itu hari yang indah, untuk dia dan untuk saya.

#fightmentalillness
#myjourney

Plot dan watak diubah dan diolah bagi melindungi privasi.

Kredit Gambar: Gempak

Kisah ini dikongsi oleh Dr Nurul Syuhaida Abdul Razak di Facebook beliau. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]