Personal Opinion | Pendapat Peribadi
#GempakSpot: "Saya Tak Cakap Dengan Isteri Saya Selama 20 Tahun Sebab..."
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @IBCIG menceritakan tentang satu video yang ditontonnya di Facebook tentang seorang suami yang tidak bercakap dengan isterinya selama 20 tahun.
Tadi tengok video rancangan realiti kat Facebook, pasal pasangan suami isteri orang Jepun yang kahwin selama 25 tahun. Tapi selama 20 tahun, suami dia tak bercakap langsung dengan isteri dia padahal duduk serumah. Isteri dia makan hati jugak sebab tak tahu apa salah dia sampai suami dia tak nak cakap ngan dia.
Lepas tu anak mereka ambil keputusan untuk masuk satu program ni, untuk memperbaiki hubungan Mak dan Ayah mereka. Sebenarnya diorang hidup seperti biasa, cuma Ayah dia memang mengelak untuk bercakap dengan isterinya. Bila isteri hidangkan makanan, makan saja macam biasa. Cuma dia tak nak bercakap dengan isteri dia.
Program tu buatlah macam mendekati hati pasangan suami isteri masing-masing, untuk mengetahui apa masalah dengan suami sampai tak nak cakap langsung dengan isteri. Si isteri pun mati akal nak tahu apa kesalahan dia. Isteri dia ni jenis bercakap lemah lembut, jenis redha saja bila suami buat macam tu.
Suami punya pengakuan - Saya tak cakap dengan isteri saya selama 20 tahun sebab saya merajuk dengan dia. Selepas dia lahirkan anak, dia kurang bagi perhatian dekat saya. Saya cemburu tengok dia lebih dekat anak. Wah, Sampai 20 tahun tak bercakap dengan isteri sebab merajuk.
Comel gila masa suami dia buat pengakuan pada isteri dia kenapa dia merajuk. Anak-anak semua menangis terharu.
Nampak macam comel kan merajuk sebab tak dapat perhatian? Tidak sama sekali, gila ke tak bercakap sampai 20 tahun. Isteri dia tertekan sebab tak tahu apa salah dia buat. Kuat ego Pakcik ni, setinggi KLCC. Dah lah tua, tak matang pulak. Pakcik ni beruntung sebenarnya sebab isteri dia jenis setia.
Kredit Gambar: Twitter @IBCIG
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @IBCIG dan mendapat hampir 14,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video