,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

Khairil Khusyairi
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.

Tak Sihat Saat Akhir

Menurut Farhan, dia bersyukur dapat membuat persembahan dengan baik biarpun mengalami masalah kesihatan di saat akhir menjelang persembahan.
“Saya rasa ini memang rezeki saya untuk malam separuh akhir sebab saya sebenarnya tidak sihat. Semua orang tahu.

“Tapi saya lawan juga untuk malam ini demi penonton dan pengundi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Masa sesi soundcheck okay saja tetapi tiba saja malam saya jadi sejuk, suara juga tak selesa, gatal-gatal di peti suara,” ujarnya usai konsert separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvenseyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Mahu Buat Yang Terbaik

Bakal berentap dengan 9 peserta lain pada malam konsert akhir nanti, Farhan akui belum mempunyai perancangan sebaliknya berharap semuanya dipermudahkan.

“Bagi saya masih lagi mencari strategi untuk malam final nanti sebab malam itu mungkin lebih mencabar lagi.

“Insya-Allah doakan saya untuk malam final nanti,” katanya.

3 Nama Peserta Beri Saingan

Ditanya siapakah yang memberi saingan sepanjang Gimme The Mic Malaysia, Farhan memberikan tiga nama peserta.

“Saingan paling hebat bagi saya ialah Shazreen sebab dia ada vokal yang…saya tak boleh nak cakap sebab vokal dia power.

“Saya sebut tiga nama, antaranya ialah Ameerais dan Jelly Belly,” kongsinya.
10 peserta bakal bersaing pada konsert Akhir dengan tema Grand Finale.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.