,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Pertama Kali Nyanyi Lagu Dangdut Sampai Juri Menari Sakan, Farhan Mustapha; "Ada Tekanan, Tapi..."

Khairil Khusyairi
06/08/2024
02:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Farhan Mustapha bersyukur apabila meraih kedudukan pertama pada minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia.

Syukur Berjalan Lancar

Membawakan lagu genre dangdut, Farhan mengakui tertekan pada awalnya namun berjaya mengawal perasaan tersebut.
“Sejujurnya di backstage saya banyak fikir ‘okay ke?’ ‘dapat 5 slay ke?’ tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

“Saya tak pernah bawa lagu dangdut dalam mana-mana program, jadi ini pertama kali saya bawa, ada tekanan tapi okay,” ujarnya usai konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Mahu Buat Terbaik

Dalam pada itu, Farhan turut nekad mahu memberikan yang terbaik setiap minggu sekaligus menghiburkan penonton.

“Target saya dalam Gimme The Mic ini saya hanya mahukan yang terbaik sebab semua peserta adalah terbaik.

“Mindset saya mahu beri yang terbaik setiap minggu, apa-apa saja tugasan saya cuba buat terbaik,” ujarnya.
Farhan turut mendedahkan dia tidak mengikuti kelas vokal peribadi sebaliknya hanya berlatih dengan guru vokal yang ditugaskan sahaja.
“Saya tiada kelas vokal seperti yang lain, ketika minggu pertama saya dan Oky Daniel memang tiada pergi kelas vokal, hanya berlatih sendiri saja.
“Untuk Gimme The Mic saya banyak belajar dengan cikgu Deli dari segi nyanyian dan vokal.

“Untuk minggu ketiga ini, cabaran paling besar adalah lagu dangdut ini lah. Alhamdulillah, saya dah buat yang terbaik,” katanya lagi.

Dengan tema FYP, minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Farhan Mustapha dengan nyanyian Yang Penting Hepi berjaya mengungguli kesemua 14 peserta dengan markah 66.77%.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Raih Posisi Pertama, Tiada Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Ketiga Semua Peserta

TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yuna, Fabio Asher, Spider, 6ixth Sense Barisi Konsert Jiwa: Epilog 2024! - "Kami Rasakan Katalog Lagu Mereka Cukup Menyentuh Perasaan"

gempak
18/11/2024
14:49 MYT
Selepas membina nama dan jenama yang kuat melalui Konsert Jiwa Kacau dan Jiwa Malaysia, pihak penganjur MND Sport & Events muncul pula dengan sebuah konsert yang dinamakan Konsert Jiwa: Epilog 2024.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
Hiburan

Bakat Nyanyian Fazura Boleh Diasah, Ajai Cadang Cari Komposer Yang Tepat - "Dia Perlu Cari Bunyi Sesuai Supaya Tidak Mencederakan..."

gempak
10/11/2024
05:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyatakan Fazura memerlukan seorang komposer yang baik untuk mencungkil bakat nyanyiannya.
Hiburan

Dua Lipa Batal Konsert Di Jakarta Kerana Pentas, Netizen Komen - “Macam Panggung Dangdut”

gempak
09/11/2024
13:55 MYT
Dua Lipa membuat pengumuman mengejutkan kurang 24 jam sebelum konsert yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia, dibatalkan.
Hiburan

“Nyanyiannya Boleh Diperbaiki" - Ajai Beri Nasihat, Fazura Perlu Hadir Ke Kelas Untuk 'Upgrade' Vokal

gempak
09/11/2024
07:25 MYT
​Penyanyi dan komposer, Ajai berpendapat nyanyian pelakon, Nur Fazura masih boleh diperbaiki.
Unitar