,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Raih Posisi Pertama, Tiada Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Ketiga Semua Peserta

Khairil Khusyairi
05/08/2024
01:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Posisi Pertama

Dengan tema FYP, minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Farhan Mustapha dengan nyanyian Yang Penting Hepi berjaya mengungguli kesemua 14 peserta dengan markah 66.77%.

Manakala, tempat kedua diikuti Sahzreen Shaharum yang mendendangkan lagu I L U dengan markah sebanyak 64.24%.
Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Peserta Farhan Mustapha pula turut meraih anugerah pilihan GimmeMeTwoMee award yang membawa pulang RM5,000.
Minggu ketiga menyaksikan peserta Farhan Mustapha, Shazreen Shaharum, Ameerais, Raes, Syaffiq Sahli dan Bulan Asyraff menghuni kerusi The Six dan terselamat dari penyingkiran.

Tiada Peserta Tersingkir

Minggu ketiga juga menyaksikan tiada penyingkiran.
14 peserta bakal bersaing pada minggu keempat dengan tema 360.

Markah Penuh Peserta

Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu kedua Gimme The Mic Malaysia.
NO NAMA PESERTA
1 FARHAN MUSTAPHA 66.77%
2 SHAZREEN SHAHARUM 64.24%
3 AMEERAIS 63.74%
4 RAES 63.02%
5 SYAFFIQ SAHLI 62.71%
6 BULAN ASYRAFF 62.27%
7 JELLY BELLY 62.13%
8 JUNLLOYD EGANO 59.61%
9 DANHUANGGE 59.22%
10 SYAMEL AMZAH 51.51%
11 EPET 48.71%
12 HAZREEN AMREENA 48.37%
13 CHONG HAN 45.89%
14 MOFANORA 45.38%
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Ikut Cara Sharifah Aini Rahsia Tiga Protege Shiha Kekal On The Top - "Arwah Tak Ada Cubit, Kerlingan Mata Pun Dah ..."

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Posisi Teratas Milik Raes, 6 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Kedua Semua Peserta

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.