Skip to main content

Selebriti

Hantaran di Threads Hanya ‘Social Experiment’, Ezzanie Jasny Syukur Dikelilingi Kawan Baik - “Saya Sekadar Nak Baca Komen…”

Ezzanie Jasny
Advertisement

Hantaran pelakon Ezzanie Jasny di Threads mengenai isu kepercayaan terhadap seseorang dan persahabat menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya. 

 

Advertisement

Menjelaskan perkara tersebut, Ezzanie  berkata hantaran itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya ia sekadar perkongsian spontan untuk melihat maklum balas pengguna Threads yang lain.

 

"Itu sekadar mewakili suara netizen. Saya tahu pengguna Threads suka membalas komen. Jadi terdetik untuk berkongsi dan melihat maklum balas orang. Ia sekadar social experiment," katanya kepada Gempak. 

 

Ezzanie ditemui ketika majlis sidang media drama terbaharunya berjudul Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Bizmilla Hall, Putrajaya pada Selasa.

Advertisement

 

Tambah pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny ini, dia menganggap tak perlu berasa bimbang dengan tanggapan orang memandangkan ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. 

 

"Tidaklah rasa bimbang orang salah faham sebab saya tidak tujukan kepada sesiapa. Otak dah banyak kerja, jadi saya sekadar nak baca komen netizen.

 

"Jika ada yang kata Threads toksik, bagi saya tidak. Sebab saya selalu membuat carian perkara yang positif. Algoritma saya yang baik-baik sahaja," jelasnya.

 

Malah, pelakon berusia 27 tahun ini juga bersyukur dikelilingi sahabat-sahabat yang baik. 

 

“Alhamdulillah hubungan saya dengan sahabat-sahabat saya baik, walaupun saya dah bekerja dalam industri, mereka pun ada pekerjaan sendiri… tak pernah ada timbul isu dah lupa kawan. 

 

“Saya sangat bersyukur dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan masih berkawan rapat sehingga hari ini,” katanya lagi. 

 

Ezzanie sebelum itu berkongsi satu hantaran mengenai sikap manusia yang sukar dipercayai sehingga boleh menyebabkan seseorang hilang kepercayaan.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement