Skip to main content

Hiburan

10 Jam Dalam Studio, ‘Bluest Sky’ Buat Aina Abdul Tak Tidur Malam - “Dah Lama Saya Tak Rasa…”

10 Jam Dalam Studio, ‘Bluest Sky’ Buat Aina Abdul Tak Tidur Malam - “Dah Lama Saya Tak Rasa…”

Sekilas

  • Aina Abdul akan menyertai pertandingan Eurovision Asia di Thailand dengan lagu Bluest Sky yang memerlukan proses rakaman paling lama dalam kerjayanya, iaitu sekitar 10 jam.
  • Lagu ini mencabar kerana tiada ruang rehat dan perlu disampaikan dalam tempoh tepat tiga minit, berbeza dengan gaya persembahan Aina yang biasanya lebih panjang.
  • Selepas AJL, Aina memberi tumpuan penuh selama sebulan untuk persiapan Eurovision, menghadapi tekanan dan debaran yang besar seperti pengalaman pertama kali di AJL.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul bakal mempertaruhkan lagu Bluest Sky untuk pertandingan nyanyian antarabangsa iaitu Eurovision Asia di Thailand.

Menurut Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, lagu Bluest Sky memberi cabaran yang berbeza buat dirinya, malah mengambil masa jauh lebih lama berbanding kebiasaannya ketika berada di studio.

Advertisement

“Sebenarnya kesukaran untuk Bluest Sky ini, dah lama saya tidak rasa begini. Proses penulisan sebenarnya lebih mudah berbanding rakaman.

“Ketika menulis, saya ada satu perasaan yang terbuku di hati. Tetapi semasa merakam, ia melibatkan emosi yang berbeza kerana saya perlu menjiwai watak itu.

“Kesukarannya adalah semasa rakaman. Saya ingat lagi rakaman dari pagi sampai malam tidak selesai, yang mana itu adalah tempoh terlama bagi saya,” katanya.

Advertisement

Tambah pelantun lagu Sadis itu kebiasaannya dia mampu menyiapkan proses rakaman sesebuah lagu dalam tempoh sekitar dua jam, namun tidak bagi Bluest Sky.

Malah menurut Aina, dia sanggup berpindah studio dari Seremban ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bunyi yang dirasakan tepat dengan jiwa lagu tersebut.

“Biasanya saya suka siapkan dalam masa dua jam, tetapi untuk lagu ini saya ambil masa kira-kira 10 jam. Saya berpindah studio dari Seremban ke KL semata-mata kerana tidak mendapat bunyi yang betul. Walaupun kedengaran indah, di sebaliknya banyak liku dan cabaran.

"Kesukarannya adalah untuk menyanyikannya. Lagu ini ‘besar’ dan tiada ruang rehat. Untuk Eurovision, durasinya mestilah tepat tiga minit. Umum tahu saya suka buat persembahan yang lebih masa, sampai empat atau lima minit.

“Jadi cabarannya adalah untuk mencurahkan segala emosi marah, cinta dan sedih dalam tempoh tiga minit itu. Ia adalah perkara paling sukar buat saya, tetapi alhamdulillah kami berjaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aina mendedahkan dia menghabiskan kira-kira sebulan untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap persiapan Eurovision selepas selesai menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL).

Malah, dia mengakui tempoh tersebut menyaksikan dirinya banyak berjaga malam kerana memikirkan tanggungjawab besar yang digalas.

“Boleh tahan, dalam sebulan juga. Memang tidak tidur malam. Selepas AJL, otak saya memang fikir Eurovision sahaja.

“Tanggungjawab saya besar kali ini dan saya rasa gementar seperti pertama kali masuk AJL dahulu. Ada rasa teruja dan debaran yang sama,” tambahnya.


Aina Abdul bakal berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November di Bangkok, Thailand. 

Antara negara yang bakal memberi saingan sengit kepada Aina adalah Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement