Skip to main content

Hiburan

2 Tahun Jadi Peneman Aina Abdul, Hiro Pergi Buat Selamanya - "Mama Masih Belajar Untuk Reda"

2 Tahun Jadi Peneman Aina Abdul, Hiro Pergi Buat Selamanya - "Mama Masih Belajar Untuk Reda"

Sekilas

  • Aina Abdul berkongsi kesedihan selepas kehilangan kucing kesayangannya, Hiro, yang menjadi teman setianya selama dua tahun.
  • Dia mengakui sukar menerima kehilangan itu dan sering menangis apabila bersendirian, walaupun terpaksa menyimpan perasaan sedih ketika persiapan AJL.
  • Aina cuba reda dengan memujuk diri bahawa Hiro kini bebas dari kesakitan dan menghargai ikatan kasih sayang yang mereka bina bersama.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul meluahkan rasa sedih selepas kehilangan kucing kesayangannya, Hiro.

Menerusi hantaran di Instagram, Aina mengakui masih bergelut untuk menerima hakikat bahawa Hiro yang menjadi peneman hariannya selama dua tahun kini telah pergi buat selamanya.

Advertisement

“Hiro baby mama. My sweet boy. My companion. Teman tidur mama, peneman duduk sofa. Peneman tengok TV. Paling suka lepak dekat kaki mama. I was preparing for AJL, sewaktu kehilangan kamu… so mama terpaksa pendam sakit dan sedih tu.

“Whenever I’m alone, I found myself in tears. I never knew how it feels kehilangan kucing,” katanya.

Aina turut mengakui sebelum ini dia sering tertanya-tanya bagaimana rasanya kehilangan kucing kerana ramai rakannya sudah melalui pengalaman tersebut.

Namun, selepas mengalaminya sendiri, barulah dia memahami betapa dalamnya kesedihan yang dirasai.

“Kawan-kawan mama hampir semua dah merasa, so I always wonder how hard it can be? And now I know. The pain is so quiet. I find myself in tears without even realizing it,” luahnya.

Biarpun berat untuk menerima kehilangan tersebut, Aina cuba memujuk dirinya bahawa Hiro kini sudah tidak lagi menanggung kesakitan.

“Tapi mama kena reda. At least awak dah tak sakit kan?

“Dua tahun Allah SWT pinjamkan awak dekat mama. Awak lebih dari seekor kucing di mata mama. Awak ajar mama macam mana nak berkasih sayang. How to live my life dengan sabar dan tenang. You did that, Hiro.

“Mama akan rindu our little bonding time… it’s just us. Pagi-pagi lap tear stain kamu dengan tissue. ☺️ You hated that but somehow awak tadah juga muka tu suruh mama lap kan.

“Mama masih belajar untuk reda… sorry mama ambil masa lama untuk faham sakit ni. I’ll be fine, Hiro. You are my Hiro. I love you my sweet baby. Bye," luahnya lagi.

Sekadar info, Hiro pernah menjadi salah satu tetamu 'comel' Aina Abdul sewaktu di konsert Imaji Tour. 

Berikut merupakan perkongsian penuh Aina Abdul: 
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement