Skip to main content

Viral

34 Influencer Dari Lapan Negara Berentap, Ikmal Dani & Nendi Speed Raih Kemenangan

34 Influencer Dari Lapan Negara Berentap, Ikmal Dani & Nendi Speed Raih Kemenangan

Sekilas

  • Seramai 34 pempengaruh dari lapan negara bertanding dalam kejohanan tinju All Star Championship 2026 di Kuala Lumpur dengan 17 pertarungan berlangsung.
  • Ikmal Dani dan Nendi Speed antara pemenang utama, manakala penganjur menekankan kejohanan ini sebagai platform untuk pempengaruh mengembangkan potensi diri melalui sukan dan kandungan digital.
  • Kejohanan ini juga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan dirancang untuk berkembang dengan penyertaan antarabangsa lebih luas pada masa depan.
Advertisement

Seramai 34 pempengaruh dari lapan negara berentap dalam kejohanan tinju All Star Championship 2026 yang berlangsung di Flamingo Hotel, Ampang, Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu.

Kejohanan yang menggabungkan dunia hiburan, sukan dan kandungan digital itu menyaksikan sebanyak 17 pertarungan berlangsung, sekali gus menguji kekuatan fizikal, disiplin serta ketahanan mental setiap peserta.

Advertisement

Antara nama yang berjaya mencatat kemenangan ialah Ikmal Dani yang menewaskan Ijat Style, manakala Nendi Speed turut meraih kemenangan selepas berdepan Rizky.

Selain itu, beberapa peserta lain seperti Chima, Gulfishan, Wawan, Mikha, Kumala, Zainab, Filip, Badr, Abdi, Cemanz, Saiful, Fariq, Rahim, Elsa dan Raydrac turut mencatat kemenangan dalam pertarungan masing-masing.

Penganjur All Star Championship, Dato' Abd Rahman Soltan meluahkan rasa bangga terhadap komitmen dan keberanian semua peserta yang sanggup mencabar kemampuan diri di gelanggang tinju.

Advertisement

Menurutnya, penganjuran tersebut bukan sekadar mencari juara, sebaliknya memberi peluang kepada pempengaruh untuk mengembangkan potensi diri menerusi platform sukan.

“Saya sangat berpuas hati dan bangga dengan semua fighter yang berani menyahut cabaran, memberikan persembahan terbaik dan menunjukkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan.

“All Star Championship bukan sekadar tentang siapa menang atau kalah. Kita mahu membina platform yang memberikan peluang kepada pempengaruh untuk mencabar diri, mengembangkan potensi dan menggunakan pengaruh mereka untuk sesuatu yang lebih besar,” katanya.

Dalam masa sama, Abd Rahman berkata, penglibatan pempengaruh antarabangsa turut membuka peluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada khalayak lebih luas menerusi kandungan yang dihasilkan di platform media sosial.

“Kita percaya gabungan sukan dan dunia digital mampu membantu memperkenalkan Malaysia kepada lebih ramai orang di peringkat antarabangsa, termasuk melalui kandungan digital, tarikan pelancongan dan pengalaman yang dikongsikan oleh para peserta,” ujarnya.

Tambahnya, penganjuran kejohanan tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama dan sokongan Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Malah, pihak penganjur turut menyasarkan penganjuran lebih besar pada tahun hadapan dengan penyertaan antarabangsa yang lebih meluas serta pengalaman penonton yang dipertingkatkan.

“Kita mahu All Star Championship terus berkembang dan memberikan impak yang lebih besar. Saya percaya dengan sokongan semua pihak, kita mampu menjadikan kejohanan ini lebih hebat pada tahun hadapan.

“Paling penting, kita mahu terus membuka peluang kepada bakat baharu, menghubungkan komuniti antarabangsa dan menggunakan kekuatan dunia digital untuk mempromosikan sukan serta pelancongan Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, All Star Championship 2026 turut menerima kehadiran lebih 700 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman Tonton.

Kejohanan berkenaan diharap dapat diteruskan sebagai platform yang menghubungkan komuniti pempengaruh antarabangsa menerusi sukan, hiburan dan kandungan digital.

Anda mungkin berminat dengan

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Kettlebell Lembut, Peralatan Angkat Berat Latihan Kecergasan, Dumbbell Kecergasan Rumah, kettlebell kalis jatuh.

Kettlebell Lembut, Peralatan Angkat Berat Latihan Kecergasan, Dumbbell Kecergasan Rumah, kettlebell kalis jatuh.

ADIDAS KNEE SUPPORT - BLACK

ADIDAS KNEE SUPPORT - BLACK

adidas Unisex X Speedportal.1 Firm Ground Outdoor Boot Football Shoe GW8427

adidas Unisex X Speedportal.1 Firm Ground Outdoor Boot Football Shoe GW8427

Must Watch Video

Advertisement