Skip to main content

Indonesia

9 Tahun Berhijab, Mulan: “Sebelum Ini Orang Tidak Tahu Identiti Muslimah…”

Astro Gempak mulan (1)

Sekilas

  • Mulan Jameela sudah berhijab sejak 2018 dan merasakan dirinya lebih tenang serta terus belajar menjadi muslimah yang baik.
  • Dia menekankan pentingnya hijab sebagai identiti muslimah dan berazam untuk kekal istiqamah demi husnul khatimah.
  • Sepanjang Ramadan, Mulan fokus pada anak bongsunya yang belajar berpuasa dan menyediakan juadah berbuka seperti kolak untuk keluarga.
Advertisement

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela sudah berhijab sejak tahun 2018. Sepanjang hampir sembilan tahun menutup aurat, Mulan mengaku dirinya lebih tenang dan  masih belajar menjadi muslimah yang baik.

Menurutnya, meski kegiatan seharian tidak banyak berubah selain mempunyai tambahan kegiatan mengikut kelas agama secara atas talian dan bersemuka, apa yang membuat dirinya tenang adalah kerana memakai hijab membuat identitinya sebagai seorang muslimah terus terserlah.

Advertisement

“Saya lebih tenang bila berhijab. Lebih introspeksi diri. Sebelum memakai hijab orang tidak tahu identiti kita muslimah atau tidak.

“Tapi bila memakai hijab, orang terus tahu identiti kita, muslim. Kini saya mahu kekal istiqamah kerana tujuan menjadi muslimah yang mahukan husnul khatimah (pengakhiran baik),” kata Mula sewaktu ditemui di restoran milik suaminya, Ahmad Dhani, Dewa 19 Java Rock Restography di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Selain berbicara mengenai dirinya yang semakin tenang kerana berhijab, Mulan mengaku juga berkongsi tentang kegiatan biasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Kata Mulan, untuk Ramadan tahun ini, tumpuan banyak diberikan kepada anak bongsunya, Muhammad Ali Ramadan yang masih belajar berpuasa.

“Ali baru 10 tahun, masih belajar berpuasa dan setakat ini dia masih bertahan. Selebihnya saya jadikan bulan Ramadan untuk memiliki kualiti bersama keluarga dan menyediakan menu atau juadah berbuka.

“Kalau di rumah saya, menu wajib ada makanan manis yang namanya kolak,” katanya ringkas.

Wanita yang juga merupakan seorang wakil rakyat ini mengurangi banyak aktiviti dan memberi fokus kepada kelas agama.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement