Skip to main content

Hiburan

Aaron Aziz Lebih Selektif Pilih Drama, Elak Lakon Babak Bersentuhan - “Saya Dah Masuk 50-an, Mana Tahu Kubur Dah Memanggil”

Aaron Aziz

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah tidak berminat berlakon drama, tetapi kini lebih memilih watak yang unik dan tidak klise.
  • Aaron mengelak babak bersentuhan kerana faktor usia dan lebih selektif dalam memilih watak yang sesuai dengan dirinya yang sudah mencecah 50-an.
  • Dia melihat perkembangan industri drama tempatan dan kemunculan platform penstriman sebagai peluang positif untuk pelakon baru dan penggiat seni menonjolkan bakat mereka.

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya dia sudah tidak lagi berminat berlakon drama.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, ketika ini dia lebih memilih untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan jalan cerita yang klise dan sering berulang-ulang.

Walau bagaimanapun, Aaron menjelaskan dia masih terbuka untuk menerima apa-apa tawaran sekiranya watak yang diberikan itu menarik dan berbeza dengan watak yang pernah dipegangnya dahulu.

“Bukan saya kata saya tak nak buat drama cuma kalau boleh saya tak nak pegang watak yang macam dulu.

“Drama seperti jatuh cinta dengan perempuan kampung, jatuh cinta dengan pembantu rumah. Sebab dah boring lah, asyik benda yang sama kan? Tu je.

“Kalau ada watak yang best, sudah tentu kita tak boleh sombong sangat. Rezeki kan. Sekarang pun saya tengah jalani penggambaran drama sebanyak 50 episod,” katanya kepada Gempak.

Aaron berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri iQIYI 2026 bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain menjadi lebih selektif, anak jati Singapura ini mengakui dia kini cenderung untuk mengelakkan diri daripada melakonkan babak bersentuhan.

Jelasnya, keputusan itu dibuat memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 50-an.

“Dan kalau boleh saya dah tak nak bawa babak dukung dam bersentuhan.

“Kalau sentuh pun ada halal gap, berbaju, berlapik dan tak kena kulit. Saya pun dah masuk 50-an. Mana tahu kubur sudah memanggil, kena jagalah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai perkembangan industri drama tempatan, Aaron menyifatkan pertumbuhan tersebut satu perkara yang positif ditambah pula dengan kemunculan pelbagai platform penstriman.

“Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi baguslah. Bagus untuk industri kira, ramai pelakon baru, pelapis-pelapis yang akan datang untuk menaikkan kita punya standard drama dan filem tempatan.

“Dengan adanya lambakan platform penstriman, ramai pengarah, penerbit dan jurukamera yang boleh cuba nasib dan tonjolkan bakat sera kebolehan mereka,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must-Watch Video

Advertisement