Skip to main content

Hiburan

Aaron Aziz Titip Ucapan Hari Jadi Buat Danish Anaqi, Kenang Pengorbanan Belajar Di Luar Negara Sejak Usia 16 Tahun

Aaron Aziz Titip Ucapan Hari Jadi Buat Danish Anaqi, Kenang Pengorbanan Belajar Di Luar Negara Sejak Usia 16 Tahun

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berusia 22 tahun.
  • Danish memulakan pengajian di Jepun sejak usia 16 tahun dan Aaron bangga dengan kesungguhan anaknya menuntut ilmu serta memikul tanggungjawab sendiri.
  • Aaron mendoakan agar Danish menjadi insan yang baik, berjaya, dan pemimpin yang disayangi, sambil menyatakan rasa rindu dan kasih sayang dari keluarga.
Advertisement

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyorot perhatian apabila berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berusia 22 tahun.

Menerusi hantaran di Instagram, Aaron meluahkan rasa syukur melihat perjalanan hidup anaknya yang sudah mula menyambung pengajian di Jepun sejak berusia 16 tahun.

Advertisement

Menurut Aaron, dia bangga dengan kesungguhan Danish yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu dan belajar memikul tanggungjawab sendiri.

“TabarakAllah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, atas segala yang telah Kau lakukan untuk anak-anak saya.

“Di usia baru 16 tahun, anak lelaki saya sudah memulakan perjalanannya ke luar negara seorang diri demi menuntut ilmu dan memikul tanggungjawab,” tulisnya.

Advertisement

Dalam hantaran sama, pelakon filem KL Gangster ini turut menitipkan doa agar Danish membesar menjadi seorang insan yang baik dan berjaya dalam kehidupan.

“Dengan harapan suatu hari nanti, Danish akan menjadi seorang pemimpin yang adil, dipercayai dan disayangi oleh ummah.

“Semoga Allah terus membimbing dan melindungimu kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik pelindung.

“Selamat ulang tahun ke-22, anakku. Mama dan papa sayang dan rindu kamu sangat-sangat,” tambahnya.

Sekadar info, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement