Skip to main content

Hiburan

“Ada Beberapa ‘Easter Egg’ Yang Kami Selitkan...” – Pengarah Dedah ‘Badut Gendong’ Rangkaian Penting Bagi Universe Qodrat

Astro Gempak 225

Sekilas

  • Pengarah Charles Gozali menjelaskan filem seram aksi Badut Gendong adalah sebahagian daripada Universe Qodrat yang menghubungkan cerita dari filem Qodrat (2022).
  • Filem ini mengisahkan perjalanan hidup watak utama, Darso, dengan latar masa sekitar 1980 hingga 1981, sambil menyelitkan beberapa 'easter egg' untuk peminat Universe Qodrat.
  • Badut Gendong kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan menampilkan pelakon seperti Marthino Lio, Clara Bernadeth, dan Jose Rizal Manua.
Advertisement

Pengarah Indonesia, Charles Gozali mendedahkan filem seram aksi terbaharu arahannya, Badut Gendong bukan sekadar naskhah berdiri sendiri, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Universe Qodrat. 

Menurut Charles, idea menghasilkan Badut Gendong tercetus secara organik ketika proses penggambaran filem Qodrat (2022), khususnya pada lima hari terakhir penggambaran melibatkan babak pertarungan klimaks.

Katanya, jika watak Ustaz Qodrat berdepan ancaman makhluk halus seperti jin dan syaitan, Badut Gendong pula menampilkan sisi yang lebih manusiawi menerusi perjalanan hidup watak utamanya, Darso.

“Ada beberapa ‘easter egg’ yang kami selitkan supaya penonton yang mengikuti Universe Qodrat dapat memahami linimasa dengan lebih jelas.

“Kami mahu membina sebuah universe dan memperkenalkan Qodrat sebagai hero baharu kepada penonton Indonesia. Kalau penonton menganggapnya sebagai hero, kami sangat gembira,” katanya kepada Tempo.

Charles menjelaskan, filem Qodrat pertama hingga ketiga mengambil latar masa sekitar tahun 1979 hingga 1980, manakala Badut Gendong pertama dan kedua pula berlaku sejurus selepas itu, iaitu sekitar 1980 hingga 1981.

Menurutnya, susunan masa itu dirancang bagi memberi pengalaman kepada penonton mengikuti sebuah semesta filem seperti francais aksi terkenal, namun dalam genre seram.

Dalam pada itu, Charles mendedahkan idea watak Badut Gendong tercetus selepas beliau melihat seorang penghibur jalanan di Solo pada 2011 yang memakai kostum unik sehingga kelihatan seperti dua individu.

Pengalaman tersebut kemudian dikembangkan menjadi kisah tragis Darso, seorang lelaki yang enggan berpisah dengan insan paling disayanginya.

Badut Gendong yang merupakan sebahagian daripada Universe Qodrat kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia dengan menampilkan barisan pelakon seperti Marthino Lio, Clara Bernadeth, Dayinta Melira, Iskak Khivano, Vonny Anggraini dan Jose Rizal Manua.

Filem ini merupakan terbitan MAGMA Entertainment, Komet Productions, Legacy Pictures, Skop Productions, Enotech, Astro Shaw, Applause, Virtuelines Entertainment, VMS Studio, Caravan Studio dan Alunan.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement