Skip to main content

Hiburan

“Ada Kakak Pun Tak Guna...” - Elisya Sandha

“Ada Kakak Pun Tak Guna...” - Elisya Sandha

Sekilas

  • Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa kecewa di media sosial mengenai sikap seseorang yang menggunakan kedudukan sebagai kakak untuk berkata kasar hingga menyakitkan hati.
  • Hantaran Elisya di Threads menarik perhatian netizen yang tertanya-tanya tentang kisah sebenar di sebalik luahan tersebut.
  • Ramai netizen menganggap perkongsian itu mungkin sebahagian daripada strategi pemasaran drama baru yang memaparkan konflik adik-beradik.
Advertisement

Pelakon, Elisya Sandha menyorot perhatian netizen selepas berkongsi luahan hatinya di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Elisya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap individu yang didakwa menggunakan kedudukan sebagai kakak untuk berkata sesuka hati sehingga mengguris perasaan orang lain.

Advertisement

“I ni sebenarnya jaranglah nak tulis-tulis macam ni, tapi hati ni dah sakit sangat. Memang kalau jadi adik kena mengalah, ya? You fikir you kakak, you bolehlah nak cakap apa you nak cakap sampai sakitkan hati orang?

“Ada kakak pun tak guna lah macam ni!” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai perkara sebenar di sebalik luahan berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat hantaran itu mungkin mempunyai kaitan dengan strategi pemasaran drama terbaharu, memandangkan kandungannya seolah-olah menggambarkan konflik antara adik-beradik.

“Ni drama episode berapa? Nk tgk kakak tu cakap apa!

“Antara ramai adik-veradik artis, I paling susah nak percaya you and Fasha akan bergaduh. So cepaltlah bagitahu yang ni teaser utk next drama je kannn? 

“Bagitau jeee laa drama apa pulak nak keluar ni.... kita orang tak cayeeee

“Drama tajuk dia apa? Siapa pegang character kakak dalam drama ni? 😀

“Reveal je tajuk drama baru apa dan bila keluar? insyaAllah ada je org nak support tu ,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement