Sekilas
- Pelakon Adriana Adnan mempertikaikan alasan yang diberikan pihak tertentu untuk menjatuhkan dan menyakitkan hatinya.
- Dia bersyukur dengan sokongan orang sekeliling yang sentiasa mempercayai bakat dan memilihnya dalam industri.
- Adriana dedahkan ada yang menyuruhnya cipta kontroversi untuk kekal relevan, tetapi dia utamakan maruah diri dan keluarga.
Pelakon Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak yang memberi alasan secara rawak hanya untuk menjatuhkannya dan membuatkan dirinya berasa sengsara.
Menerusi perkongsian di Threads, Adriana bagaimanapun bersyukur dengan orang sekelilingnya yang sentiasa mempercayai bakatnya dan memilihnya.
“Semua ni buat saya tertanya, adakah mereka hanya memberi alasan rawak hanya untuk menolak saya? Adakah mereka cuba menjatuhkan saya dan membuat saya rasa sengsara?
“Tidak mengapa, bagaimanapun, saya masih bersyukur kepada orang di sekeliling saya yang sentiasa percayakan bakat saya, selalu support saya dan selalu PILIH saya,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, pelakon drama Impiana ini berharap pihak yang hanya mencari kekurangannya itu berjaya dengan pilihan mereka.
“Kepada yang hanya mencari kekurangan saya hanya sebab awak tak suka saya atau ada pilihan lebih baik di tangan awak sekarang, semoga berjaya. Mari lihat berapa lama mereka akan bertahan,” katanya lagi,
Dalam pada itu, Adriana turut mendedahkan ada seseorang dalam industri memintanya untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan.
“Ada orang industri sampai suruh saya cipta kontroversi untuk kekal relevan. They say I’m too ‘clean’. Not news worthy. Sebab industri kita akan pilih orang yang selalu keluar news/viral/high social media engagement.
“But for me, maruah diri dan keluarga lebih penting. Not gonna sacrifice that,” katanya lagi.
Sumber - Threads