Skip to main content

Hiburan

“Adnan, Bila Tak Mampu Beri Bahagia, Jangan Hulurkan…” - Emma Suhaimi

Emma Suhaimi

Sekilas

  • Emma Suhaimi, kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi, menafikan dakwaan bahawa Adira sudah rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Red, dan keluarga mereka tidak tahu mengenai tindakan mahkamah yang difailkan oleh Datuk Red.
  • Emma menjelaskan keluarga mereka mahu Adira dan Datuk Red bahagia dengan cara masing-masing dan berharap Datuk Red menerima kenyataan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
  • Adira dan Datuk Red berkahwin pada 2015 dan bercerai pada April tahun lalu, serta dikurniakan empat cahaya mata bersama.

Kakak kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang mengatakan adiknya sudah rujuk kembali dengan bekas suami, Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red.

Menerusi Instastory, Emma memaklumkan mereka sekeluarga tidak tahu menahu mengenai tindakan Adnan yang didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk di mahkamah.

“Ye memang betul Adnan (Datuk Red) ada failkan (pengesahan rujuk) dekat mahkamah.

“Kami sekeluarga baru dapat info tentang ini dua hari lalu, dan setahu kami apa yang kami lihat tiada tanda-tanda rujuk selama diorang dah cerai.

“Memang satu minggu sebelum Adnan ke umrah dia ada menyatakan hal ini secara tiba-tiba setelah cinta di tolak,” katanya.

Dalam pada itu, penyampai radio Era FM Sarawak ini berharap agar Datuk Red menerima kenyataan bahawa cintanya bersama Adira tidak berpanjangan.

Malah, mereka sekeluarga mahu Datuk Red dan Adira mengecap bahagia dengan cara masing-masing.

“Dia paksa dengan macam macam cara sampai cara paling tidak selesa. Adira dah nak move on dia tak terima. 

“Adira dah jumpa jalan keluar dan bawa haluan sendiri Adnan pula ke mahkamah. Keluarga semua terkejut dan tidak bersetuju tentang hal ini.

“Kami sekeluarga nak diorang ada hidup baru. Doa yang terbaik buat kedua dua nya. Adira layak bahgia, Adnan pun layak bahagia.

“Tapi untuk biarkan adik kami ditempat yang sama dengan drama yang tak henti, masalah yang tiada penghujung. Berjuang sendiri, Bertahan bukan lagi pilihan.

“Buat Adnan, bila tak mampu beri bahagia jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan,” katanya.

Di akhir hantaran, Emma memaklumkan dia dan keluarga akan sentiasa berdiri di belakang Adira dan memberikan sokongan buat adiknya itu.

“Dah lama sangat dah beri sokongan untuk mereka bersatu. Lama juga keluarga berdiam seperti tak mampu buat apa apa. Semua ini hanyalah proses untuk adik saya mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Mak kata, tak apa Adira teruskan lawan. Kami sekeluarga kali ni memilih untuk bersuara. cukup hampir 10 tahun lalui hal yang Sama. Anggap ini jalan yang Allah tunjuk untuk mereka berdua. 

“Setelah dia pulang umrah ada sesuatu yang di luar jangka terjadi buat kami sekeluarga bersatu hati untuk berdiri di belakang adik kami,” ujarnya.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua namun perkahwinan itu tidak berkekalan selepas mereka bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3 tahun.

Posting Emma

Sumber: Instagram Emma Suhaimi

Must-Watch Video

Advertisement