Skip to main content

Selebriti

AIM24: Ryenald Guntabid Tak Sangka Raih Dua Trofi - “Ini Adalah Rezeki Yang Saya Tak Dapat Tolak…”

AIM24: Ryenald Guntabid Tak Sangka Raih Dua Trofi, Terkejut Tewaskan Nama Besar

Penyanyi, Ryenald Guntabid menyatakan rasa terharu apabila berjaya meraih dua trofi menerusi penyertaan sulungnya pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut Ryenald, 29, dia sama sekali tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang trofi memandangkan saingan dihadapi semuanya terdiri daripada nama besar industri muzik tanah air.

Advertisement

“Sejujurnya saya sama sekali tidak menjangkakan kemenangan ini. Macam mana saya boleh dapat pun saya tidak tahu hendak jawab bagaimana. 

“Saya rasa ini adalah rezeki yang saya tidak boleh dan tidak dapat tolak. Apapun saya sangat gembira dan bangga kerana. Saya berhadapan dengan penyanyi hebat seperti yang saya anggap semuanya senior saya. 

“Jadi, mendapatkan anugerah ini bagi saya adalah satu pengucapan terima kasih juga buat mereka kerana daripada mereka saya sudah belajar banyak perkara,” katanya.

Ryenald berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman pemenang AIM 24 pada Sabtu.

Tambah Ryenald lagi, dengan kejayaan diterima, dia berharap dapat mendorong dirinya untuk lebih serius dalam menghasilkan karya berkualiti. 

“Dari segi populariti, saya harap populariti ini akan lebih membawa orang, untuk mengenali saya dan juga karya-karya yang saya sudah buat sekarang termasuk untuk masa hadapan. 

“Bagi saya berkarya itu adalah satu perasaan dan impian yang saya sudah mahu dari kecil. Jadi kalau orang memgenali saya, ajak bergambar macam dan sebagainya, saya rasa itu satu kebanggaan buat mereka dan juga diri saya.

“Ini menjadi motivasi saya untuk membuat lebih banyak karya-karya di masa hadapan,” katanya.

Reynald yang mempertaruhkan single berjudul Lumangad Oku Dika berjaya memenangi kategori tumpuan seperti Vokal Lelaki Terbaik dengan mengatasi saingan daripada empat calon lain iaitu Akim Ahmad (Saksama), Amir Masdi (Sengaja) Hafiz Suip (Terus Bersinar) dan Hazama (Medonan).

Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah juga menunjukkan ‘taring’ apabila mengungguli kategori Artis Baharu Terbaik menewaskan Erika Foo, Intan Maya, Koi dan Xone. 

Bagi kategori Artis Baru Terbaik, Ryenald membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.

Must-Watch Video

Advertisement