Sekilas
- Aina Abdul berkongsi momen manisnya sebagai artis jemputan di program Meletop sambil mempromosikan lagu terbaharunya, ‘Berjauh-an’.
- Penampilan Aina dalam busana hitam putih mendapat pujian ramai peminat dan rakan penyanyi, Shila Amzah turut meninggalkan komen lucu.
- Komen Shila itu menarik perhatian netizen yang mendoakan agar Aina dipertemukan jodoh suatu hari nanti.
Perkongsian terbaharu penyanyi, Aina Abdul di platform Threads yang berkongsi momen ketika dirinya hadir sebagai artis jemputan di program Meletop telah menyorot perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dibuat, Aina yang kelihatan begitu manis mengenakan busana serba hitam dan putih hadir sebagai artis jemputan bagi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul ‘Berjauh-an’.
“Another day of main-main jadi pengantin. Jangan lupa stream Berjauh-an okay 😉❤️,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya menuai pelbagai respon daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecantikan pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini.
Hantaran Aina itu turut menyorot perhatian rakan penyanyi, Shila Amzah yang turut memberikan respon di ruangan komen.
“Main-main nanti betul-betul,” komen Shila.

Komen itu kemudiannya mendapat respon netizen lain yang turut mendoakan agar Aina dipertemukan jodoh satu hari nanti.
Sumber: Threads