Skip to main content

Hiburan

“Air Mata Seorang Ibu Tak Perlu Disaksikan Dunia” - Rozita Che Wan

“Air Mata Seorang Ibu Tak Perlu Disaksikan Dunia” - Rozita Che Wan

Sekilas

  • Rozita Che Wan berkongsi pesanan buat ibu yang kecewa atau berkecil hati dengan anak-anak supaya tidak semua masalah keluarga perlu dikongsikan kepada umum.
  • Che Ta menegaskan ibu perlu memilih untuk diam dan simpan perasaan walaupun hati terluka, kerana anak tetap anak dan doa adalah yang terbaik.
  • Beliau juga menyatakan air mata seorang ibu tidak perlu dipertontonkan kepada dunia kerana hanya Allah yang tahu dan ibu perlu belajar untuk reda.
Advertisement

Pelakon, Rozita Che Wan menitipkan pesanan ringkas buat golongan ibu yang berdepan perasaan kecewa atau berkecil hati dengan anak-anak.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, sebagai seorang ibu, tidak semua masalah keluarga perlu dikongsikan kepada umum.

Advertisement

“Jadi mak ni… walau hati terluka, walau berkecil hati, kita pilih untuk diam dan simpan.

“Bukan sebab tak sakit, tapi sebab anak tetap anak. Kita reda dengan takdir, dan hanya mendoakan yang baik-baik,” tulisnya.

Tambah Che Ta, air mata serta kesedihan seorang ibu tidak semestinya perlu dipertontonkan kepada dunia kerana ada luka yang cukup diketahui oleh Allah.

“Kerana air mata seorang ibu tak perlu disaksikan dunia. Cukuplah Allah yang tahu, dan hati seorang ibu yang belajar untuk reda. 🤍” katanya.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian pengikut yang tersentuh dengan pesanan Che Ta itu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement