Sekilas
- Pelakon Yusuf Bahrin meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pemandu lori dan bas yang tidak bertanggungjawab di jalan raya melalui Threads.
- Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki, bas ekspres, dan sembilan kereta di LPT1 mengakibatkan empat orang maut dan tiga cedera.
- Tiga mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang Proton S70, manakala seorang lagi mangsa berada dalam Honda CRV.
Kemalangan jiwa melibatkan sebuah lori dan beberapa buah kenderaan baru-baru ini sememangnya memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pelakon Yusuf Bahrin menerusi Threads turut meluahkan perasaannya mengenai kes melibatkan pemandu lori dan bas yang didakwa tidak bertanggungjawab.
Yusuf mengakui dia sudah hilang sabar melihat segelintir pemandu lori dan bas yang membawa kenderaan tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain.
“Kepada semua pemandu lori/bas! Korang dengar sini, aku dah lama perhati korang punya lagak atas jalan raya.
“Yela korang besar kan. Bukan semua pemandu tau. Tapi yang jenis bawa macam si*l ni, eh guys korang sambung la apa patut kita cakap dekat pemandu lori, bas yang tak bertanggungjawab ni. Aku menyirap. Sumpah,” tegasnya.
Sekadar info, empat orang disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan - sebuah lori tangki, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah Lanchang menghala ke Kuantan pada Ahad malam.
Tiga daripada mangsa yang terkorban merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton S70 iaitu Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta seorang kanak-kanak lelaki.
Manakala, seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada di dalam kenderaan Honda CRV.
Sumber - Threads