Skip to main content

Hiburan

Along Eyzendy Meninggal Dunia, Fadhli Masoot Sempat Ziarah Arwah Di ICU - “Lemah Lutut Bila Tengok…”

Aling Eyzendy

Sekilas

  • Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada awal pagi Ahad, disahkan oleh isteri beliau, Hamidah Mohd Yatim.
  • Arwah dimasukkan ke ICU akibat pendarahan serius dalam perut selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan yang disyaki jangkitan pada stent saluran hempedu.
  • Along Eyzendy terkenal dengan lakonan dalam filem seperti Lagenda Budak Hostel dan Khurafat serta beberapa drama popular, meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Pelakon Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 pagi, Ahad.


 

Khabar duka itu disahkan oleh isterinya iaitu Hamidah Mohd Yatim yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.


 

Malah rakan-rakan selebriti turut berkongsi berita duka itu menerusi sosial media mereka.


 

Antaranya pelakon Fadhli Masoot menerusi Instastory memberitahu dia sempat menziarahi arwah di unit rawatan rapi (ICU) pada petang Sabtu.


 

“Terdetik nak pergi melawat, terus gerak. Sampai sampai saja lagi 4 minit untuk waktu melawat 4:30. Security siap iring sampai depan ICU (sebab first time datang hospital besar sini).


 

“Masuk je, lemah lutut ni long bila tengok hang. Ni baru sampai rumah dapat berita Along dah tinggalkan kitorangz Mohon sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham Along Ezandy. Jumpa lain waktu ya?” kongsinya.


 

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.


 

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.


 

Untuk rekod, Along merupakan anak kelahiran Ipoh Perak memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.


 

Allahyarham pernah membintangi filem terkenal seperti Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dan Mat Moto.


 

Selain itu, arwah turut aktif dalam beberapa drama seperti Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun, Keranamu Laila dan banyak lagi.


 

Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak.

Must-Watch Video

Advertisement