Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Amira Othman Belum Bersedia Dedah Wajah Anak – “Kalau Suami Saya Kata…”

Amira Othman Belum Bersedia Dedah Wajah Anak – “Kalau Suami Saya Kata…”

Sekilas

  • Amira Othman dan suami, Fattah Amin, masih belum bersedia untuk dedahkan wajah anak mereka, Muhammad Jarir Umar, demi menjaga privasi keluarga.
  • Mereka berharap Jarir dapat membesar secara normal tanpa gangguan, walaupun ibu bapanya ada peminat dan haters.
  • Jarir kini hampir tiga bulan dan dilaporkan sihat serta mudah dijaga, dengan ketinggian melebihi usia mengikut pemeriksaan doktor.
Advertisement

Penyanyi, Amira Othman menjelaskan bahawa dia dan suami, pelakon Fattah Amin masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak mereka, Muhammad Jarir Umar kepada umum.

Menurut Amira, mereka tidak berniat untuk menyembunyikan cahaya mata mereka, sebaliknya mahu mencari keseimbangan dalam berkongsi kehidupan sebagai ibu bapa kepada bayi yang kini hampir mencecah usia tiga bulan.

Advertisement

“Insya-Allah, bila dah bersedia, saya hanya ikut Fattah sahaja. Kalau suami saya kata dah boleh reveal, kita reveal.

“Sebenarnya kita tak ada nak sembunyikan anak pun, cuma waktu umur sekarang ini lebih sesuai untuk kita tidak berlebih sangat.

“Ini untuk kebaikan, tapi bila sesuai pada waktunya memang kita akan kongsikan.

“Saya rasa buat masa ni, mungkin kalau ada yang ternampak tu mereka akan faham sebab kita belum reveal.

“Tapi andai satu hari kita dah kongsikan, kalau dorang nak post, kita tak boleh nak kawal.

“Tapi saya yakin, kalau peminat-peminat memang akan faham dari segi privasi, apa yang boleh, apa yang tak boleh.

“Jadi saya rasa, tak jadi isu, mudah-mudahan yang baik-baik sahajalah,” jelasnya.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) pada Rabu.

Mengulas mengenai Jarir, Amira berkata dia berharap anaknya dapat menjalani fasa membesar yang normal sama seperti kanak-kanak lain.

“Pada saya biarlah dia melalui kehidupan seperti kanak-kanak yang lain, mudah-mudahan dia dipelihara.

“Maklumlah, mak ayah dia ada haters, jadi saya harap janganlah libat dia. Tapi insya-Allah, kita doakan yang baik-baik.

“Saya cuma harap anak saya dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

“Jarir baru nak masuk tiga bulan, tetapi ketinggian dia doktor kata lebih tinggi daripada umur dia, mungkin dia ikut ayah dia.

“Yang lain-lain dia sama seperti bayi yang sama. Alhamdulillah, saya rasa Jarir sangat mudah untuk dijaga. Mudah-mudahan anak saya ini sihat selalu,” ujarnya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

 

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement