Skip to main content

Hiburan

Amirah Razak Kongsi Rahsia Bina 'Chemistry' Dengan Amir Ahnaf - "Kami Memang Memberikan..."

Amirah Razak Kongsi Rahsia Bina 'Chemistry' Dengan Amir Ahnaf - "Kami Memang Memberikan..."

Sekilas

  • Amirah Razak berkongsi pengalaman seronok bekerjasama dengan Amir Ahnaf dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa, di mana mereka menjalani latihan lakonan bersama acting coach selama sebulan.
  • Amirah menghargai bantuan dan tunjuk ajar Amir yang banyak membantunya membina watak Janna walaupun dia kurang biasa berlakon di depan kamera.
  • Filem ini mengisahkan dua jiwa muda dalam kehidupan kampung konservatif dan akan ditayangkan di pawagam mulai 5 November depan.
Advertisement

Pertama kali bergandingan bersama, pelakon, Amirah Razak menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan aktor, Amir Ahnaf sebagai sesuatu yang cukup menyenangkan sepanjang menjayakan watak Janna dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa.

Menurut Amirah, persediaan untuk menghidupkan watak tersebut dilakukan menerusi sesi latihan bersama jurulatih lakonan atau acting coach selama kira-kira sebulan.

Advertisement

"Proses kita nak jayakan watak Janna ini, kita ada sesi selama sebulan. Kita menjalani proses bersama acting coach.

"Amir secara peribadi pun sangat menyenangkan. Sebagai rakan lakon, dia juga sangat menyenangkan. Dia tahu apa yang perlu dibuat dan mengajak saya untuk mengkaji karakter masing-masing.

"Dia banyak membantu saya daripada pelbagai aspek juga sebab saya bukan selalu berada di hadapan kamera, sedangkan dia sudah biasa. Jadi, banyak benda yang dia ajar saya," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Tambah Amirah, pengalaman bekerjasama dengan Amir bukan sahaja memudahkannya membina watak, malah dia turut menerima banyak tunjuk ajar sepanjang proses penggambaran.

"Secara ringkasnya, dia memang sangat menyenangkan dan banyak mengajar saya. Pengalaman bekerjasama dengan Amir memang amazing. Dengan pelakon lain pun semuanya menakjubkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Amirah menjelaskan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti khusus di luar waktu latihan atau penggambaran untuk membina chemistry.

Sebaliknya, keserasian antara mereka terbentuk secara semula jadi menerusi latihan bersama jurulatih lakonan dan komitmen yang diberikan ketika berada di set.

"Kalau nak kata kami buat sesuatu untuk membina keserasian, sebenarnya tidak banyak. Kebanyakan masa, kami hanya berlatih bersama acting coach.

"Ketika latihan itu, kami memang memberikan sepenuh komitmen dan masing-masing memberikan apa yang dirasakan sesuai untuk watak.

"Tetapi selepas itu, tidak ada pula aktiviti seperti keluar melepak bersama. Kami memang tidak melepak pun.

"Jadi, alhamdulillah, chemistry itu mudah terbentuk ketika penggambaran," jelasnya.

Filem Baga: Esok Untuk Siapa diterbitkan oleh Indigo Films dan Skop Productions membariskan pelakon Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatar kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, filem ini turut menyentuh isu kemiskinan, tradisi dan pilihan yang membawa kesan besar.

Nantikan filem Baga: Esok Untuk Siapa yang akan berada di pawagam bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement