Skip to main content

Hiburan

Amirul AF4 Meninggal Dunia, Isteri Kini Sedang Hamil - “Saya Difahamkan Arwah Tidak Mempunyai…”

Amirul AF4

Sekilas

  • Amirul Azwan Mohd Ghazali, bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin di Kuching, Sarawak.
  • Berita pemergian itu disahkan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dan rakan seperjuangan Allahyarham, Dr Syamsul Hirdy Muhid.
  • Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil trimester ketiga dan mereka berkahwin pada tahun 2023.

Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

 

Berita duka itu turut dikongsikan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi laman Instagram miliknya. 

 

“Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi.

 

“Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amighul berada di Sarawak. Sesekali dia ada bertanya khabar di sosial media.

 

“Hari ini Amighul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Al-fatihah,” katanya. 

 

Berita pemergian itu disahkan rakan seperjuangan Allahyarham iaitu Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy.

 

“Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.

 

“Allahyarham berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan pukul 2 petang,” katanya. 


 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil trimester ketiga. 

 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2023.

 

Instagram - Datuk Aznil Hj Nawawi

Must-Watch Video

Advertisement