Skip to main content

Indonesia

Andre Taulany Sah Kahwini Amanda Rigby Pada Usia 52 : “Semua Ketentuan Milik Allah”

Andre Taulany Sah Kahwini Amanda Rigby Pada Usia 52 : “Semua Ketentuan Milik Allah”

Sekilas

  • Pelawak dan hos Andre Taulany telah sah berkahwin dengan pelakon Amanda Rigby pada 20 September dalam majlis sederhana.
  • Andre, 52, berkahwin selepas sembilan bulan bercerai dengan isteri terdahulu, Erin Wartia, yang mereka nikahi selama 18 tahun.
  • Andre berkongsi ucapan terima kasih di media sosial dan menerima banyak doa positif daripada peminat mengenai perkahwinan barunya.
Advertisement

Pelawak dan hos terkenal, Andre Taulany sah berkahwin dengan pelakon Amanda Rigby hanya beberapa hari selepas spekulasi rancangan pernikahan mereka tersebar kepada umum.

Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung pada 20 September lalu.

Advertisement

Andre, 52, berkahwin dengan Amanda, 34, hanya sekitar selepas sembilan bulan rasmi bercerai dengan isteri yang dinikahi selama 18 tahun, Erin Wartia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman sosialnya, Andre menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya dengan Amanda.

Pada perkongsian yang disertakan bersama foto termasuk mempamerkan cincin dan buku pernikahan mereka, Andre antaranya menulis: “Dengan izin Allah SWT dan menunaikan sunnah Rasulullah SAW, Alhamdulillah pada hari ini, Ahad, 20 September 2026, kami telah melaksanakan akad nikah dan mengikat janji suci  dengan restu dari kedua orang tua, anak anak dan keluarga, serta orang-orang tercinta.”

Dia kemudian mengakhiri perkonngsian tersebut dengan menitipkan kalimat berbunyi: “Semua Ketentuan Milik Allah.”

Perkongsian tersebut mendapat respons positif dalam kalangan pengguna media sosial yang kebanyakannya mendoakan agar perkahwinan kedua Andre kekal selamanya.

Advertisement

Malah Andre secara berseloroh membalas salah satu komen peminat dengan mengatakan ‘asyik berkahwin’.

Diketahui sebelum ini Andre dan bekas isterinya mengambil masa yang agak lama untuk bercerai. Perceraian  mereka juga menimbulkan banyak kontroversi termasuk Erin didakwa memiliki sikap kasar terhadap keluarga Andre serta pembantu rumah.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

HABIB CHIC Diamond Ring in 375 9K White Gold 259150920

HABIB CHIC Diamond Ring in 375 9K White Gold 259150920

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Must Watch Video

Advertisement