Skip to main content

Hiburan

Anugerah Lagu Indie 2025 Kembali, 15 Finalis Rebut Hadiah Wang Tunai RM36,000

Anugerah Lagu Indie 2025

Sekilas

  • Anugerah Lagu Indie (ALI) 2025 kembali dengan 15 finalis terpilih daripada 590 penyertaan dalam kategori Pop, Rock, dan Hip Hop.
  • Penentuan pemenang berdasarkan 70% penilaian juri profesional dan 30% undian awam, dengan hadiah wang tunai keseluruhan RM36,000.
  • Pentas Akhir ALI2025 akan berlangsung pada 16 Ogos di Sunway University, dengan pendaftaran RSVP dibuka dari 20 hingga 30 Julai 2026.
Advertisement

Selepas lima edisi, Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali bagi edisi keenam dengan pengumuman senarai 15 finalis yang berjaya mara ke Pentas Akhir ALI2025.

Lebih menggalakkan apabila ALI2025 telah menerima sambutan hangat dengan sebanyak 590 penyertaan diterima daripada komuniti muzik indie seluruh negara merangkumi kategori Pop, Rock dan Hip Hop sejak tempoh penyerahan ditutup pada 31 Mac lalu.

Advertisement

Daripada jumlah itu, hanya 90 lagu terbaik dipilih ke peringkat seterusnya sebelum dibuka kepada undian orang ramai bagi menentukan 15 finalis yang layak beraksi di Pentas Akhir.

Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan aspek gubahan, lirik dan keaslian karya, dengan markah akhir terdiri daripada 70 peratus penilaian panel juri profesional serta 30 peratus undian awam secara dalam talian.

Antara anugerah yang bakal dipertandingkan ialah Lagu Terbaik, Persembahan Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik serta Anugerah Lagu Terpaling Platinum CIK.

Kesemua finalis akan bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM36,000 menerusi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Penganjuran ALI2025 turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik Presents) yang kekal sebagai penyokong utama.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan Pentas Akhir ALI2025 secara langsung, pendaftaran RSVP akan dibuka bermula 20 hingga 30 Julai 2026 menerusi laman web rasmi Anugerah Lagu Indie.

Tempat adalah terhad dan setiap alamat e-mel hanya layak untuk satu pendaftaran dan jangan lupa untuk saksikan ALI2025 bertempat di Fakulti Seni Dan Sains Sosial, Sunway University pada 16 Ogos depan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement