Skip to main content

Hiburan

Aril Kenang 14 Tahun Pemergian Izwan Pilus - “Patutlah Sayu Je Harini, Al-Fatihah Abang Tersayang”

Aril Pilus

Sekilas

  • Aril Pilus berkongsi hantaran penuh hiba di Threads mengenang pemergian abangnya, Allahyarham Izwan Pilus, yang meninggal dunia 14 tahun lalu.
  • Aril menitipkan doa agar arwah abangnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
  • Allahyarham Izwan Pilus dikenali menerusi lagu Kembali Senyum dan meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran penuh hiba di aplikasi Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus memuat naik poster mengenang pemergian abangnya yang juga penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus yang meninggal dunia 14 tahun yang lalu.

“Patutlah sayu je hari ini, al-Fatihah abang tersayang,” tulisnya.

Aril turut menitipkan doa agar rog arwah abangnya dicucuri rahmat Allah SWT.

“Moga sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Allahyarham Izwan yang terkenal menerusi lagu Kembali Senyum menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement