Peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, Astro mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Home of Sports melalui liputan komprehensif Sukan SEA Thailand 2025 yang bakal berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.
Sebagai saluran sukan utama negara, Astro bakal menghantar 10 petugas produksi, termasuk wartawan dan jurugambar, ke Thailand sepanjang 14 hari kejohanan bagi memastikan laporan dan sorotan penting disampaikan terus dari lokasi.
Usaha ini mencerminkan komitmen Astro dalam menyediakan liputan terperinci untuk temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu.
Astro akan memulakan liputan lebih awal pada 6 Disember 2025, dengan acara tumpuan pastinya sukan bola sepak.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, menegaskan komitmen pihaknya dalam memenuhi keperluan peminat sukan tanah air.
“Sebagai Home of Sports, kami komited menyediakan liputan menyeluruh dan berkualiti tinggi.
Sukan SEA adalah pentas penting yang menampilkan semangat dan pencapaian atlet negara.
"Sepanjang temasya, kami akan menyiarkan liputan harian dari 9.00 pagi hingga 11.30 malam, merangkumi analisis studio, temu bual eksklusif serta laporan berita terkini di Nadi Arena.
Kami mahu setiap detik perjuangan atlet negara dirasai rakyat Malaysia,” katanya.
Skuad kebangsaan dijadualkan membuka tirai kempen menentang Laos pada hari yang sama.
Selain itu, sukan badminton dijangka menjadi penyumbang pingat emas apabila Malaysia menurunkan barisan pemain terkuat, dengan aksi pertama bermula 7 Disember 2025.
Aksi panas sepak takraw Malaysia vs Thailand turut dijangka menjadi sorotan utama apabila kedua-dua seteru tradisi itu bertemu pada 9 Disember 2025.
Astro turut menyediakan beberapa program khas untuk melengkapkan pengalaman penonton:
Peminat sukan boleh mengikuti setiap detik perjuangan atlet negara secara eksklusif menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802) serta platform digital Astro GO dan sooka.
Untuk maklumat lanjut mengenai liputan Sukan SEA Thailand 2025, peminat boleh mengikuti laman sosial rasmi Astro Arena di facebook.com/AstroArenaSaluran801, www.instagram.com/astroarenahd atau layari stadiumastro.com/.
Untuk Siaran Segera Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838. *Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.