Skip to main content

Kpop

Atlet Wushu Tunai Janji Pada Kai! Berjaya Raih Pingat Emas, Siap Pakai Uniform Ada Logo EXO

Atlet Wushu Tunai Janji Pada Kai! Berjaya Raih Pingat Emas, Siap Pakai Uniform Ada Logo EXO

Sekilas

  • Atlet wushu wanita Hong Kong, Shen Xiaoyu, berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
  • Shen Xiaoyu merupakan peminat tegar kumpulan K-pop EXO dan pernah berjanji dengan anggota EXO, Kai, untuk membawa pulang pingat emas.
  • Kisah kejayaan Shen menjadi tular dan menarik perhatian media Korea Selatan, di mana dia juga menjawab temu bual dalam bahasa Korea dengan lancar.
Advertisement

Atlet wushu wanita Hong Kong, Shen Xiaoyu mencuri perhatian selepas berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Nagoya, Jepun.

Lebih menarik lagi, apabila kejayaan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan K-pop popular, EXO, apabila Shen Xiaoyu difahamkan merupakan peminat tegar kumpulan berkenaan.

Advertisement

Namun jangan salah sangka, sebenarnya Shen Xiaoyu sebelum ini pernah berjanji kepada salah seorang anggota EXO iaitu Kai untuk membawa pulang pingat emas dan meminta penyanyi itu memberikan semangat kepadanya dengan membuat isyarat ketika sesi pertemuan peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shen Xiaoyu memuat naik video ketika meminta Kai melakukan isyarat berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap impiannya untuk memenangi pingat emas.

Janji tersebut akhirnya berjaya ditunaikan apabila Shen Xiaoyu memenangi acara wushu dengan catatan 9.713 mata sekali gus membantu Hong Kong meraih pingat emas pertama mereka dalam temasya berkenaan.

Advertisement

Lebih istimewa lagi, uniform wushu yang dipakai Shen Xiaoyu ketika pertandingan menampilkan logo kumpulan tersebut.

Kisah Shen Xiaoyu itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian stesen televisyen Korea Selatan, SBS dan dijemput untuk ditemu bual.

Menariknya, atlet tersebut turut menjawab soalan dalam bahasa Korea dengan begitu lancar ketika sesi temu bual berkenaan.

Lebih mencuit hati apabila pemberita memberitahu bahawa ahli EXO sudah mengetahui mengenai kejayaannya meraih pingat emas.

Terkejut dengan berita tersebut, Shen Xiaoyu spontan berkata, “Saya tak percaya. Betul ke mereka nampak?”

Sumber: XUAN

Anda mungkin berminat dengan

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Must Watch Video

Advertisement