Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Awie Kongsi Kisah Disebalik Lirik Lagu ‘Ratuku’ & ‘Tragedi Oktober’ - “Sebenarnya Ia Memang Untuk Dia…”

Datuk Awie

Sekilas

  • Datuk Awie berkongsi bahawa lagu ‘Ratuku’ ditulis khas untuk Erra Fazira yang ketika itu dikenali sebagai Ratu Cantik Malaysia sebagai kenangan cinta mereka pada tahun 1994.
  • Lagu ‘Tragedi Oktober’ juga diinspirasikan dari pengalaman peribadi Awie dalam hubungan dengan Erra, termasuk insiden keganasan yang berlaku.
  • Awie mendedahkan cerita ini semasa menjadi tetamu dalam podcast Kasi Onz yang dikendalikan oleh Erra dan suaminya, dan wargamaya memuji sikap terbuka suami Erra menerima perkongsian tersebut.
Advertisement

Penyanyi Datuk Awie berkongsi kisah disebalik lirik lagu ‘Ratuku’ yang ditulis khas untuk selebriti Erra Fazira yang pada ketika itu dikenali sebagai Ratu Cantik Malaysia. 

 

Advertisement

Malah Awie turut mendedahkan dia mencipta lagu tersebut sebagai kenangan buat mereka yang pada waktu itu sedang hangat bercinta sekitar tahun 1994. 

 

“Sebenarnya lagu Ratuku memang khusus untuk dia (Erra Fazira) la. Masa itu saya buat projek istimewa lagu Ratuku dan Bara. 

Advertisement

 

“Ratuku, kebetulan saya buat lirik… bila saya buat lirik saya bayangkan ketika itu saya kenal dia adalah seorang ratu… dia menang ratu cantik Malaysia waktu itu. 

 

“Jadi saya tulis la sesuatu untuk dikenang dalam percintaan pada ketika itu. Jadi, saya tuliskan untuk kenangan. 

 

“Dalam lagu itu macam doa la kan. Konon boleh bersama la kan… hmm haram. Tak makbul,” kata Awie sambil ketawa. 

 

Vokalis kumpulan Wings itu berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu podcast Kasi Onz yang dikendali oleh Erra dan suaminya iaitu Ezwan Zain. 

 

Bukan saja ‘Ratuku’, Awie turut mengakui lagu ‘Tragedi Oktober’ juga dicipta berdasarkan apa yang berlaku dalam perhubungannya dengan Erra pada waktu itu. 

 

“Waktu itu saya rakam lagu itu di LA. Tiba-tiba komposer album itu bagi lagu tapi tak ada lirik. Saya balik bilik dan duduk berfikir apa nak buat. 

 

“Saya buat berdasarkan kejadian yang berlaku persekitaran saya.Jadi saya imbas kembali apa benda yang saya dah buat. Ada satu tragedi di dalam bulan Oktober. 

 

“Di mana saya telah mengasari dia (Erra). Jadi, itu yang saya tulis ‘Tak sanggup lagi aku mengenangkan kisah lalu, keganasan menghantui diriku’. Saya pun tulis la… jadi lagu ini (Tragedi Oktober) untuk dia juga,” kongsinya. ,” katanya. 

 

Rata-rata wargamaya memuji sikap ‘sporting’ suami Erra mendengar perkongsian Awie tentang kisah silam mereka berdua. 

 

Untuk rekod, Awie dan Erra pernah menjalinkan hubungan cinta yang membawa ke ikatan pertunangan pada 1996 namun kisah mereka berakhir sekitar 1998.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement